FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tinjau persiapan kontinjen Sukan SEA negara


DYTM berkenan mencuba sukan boling padang. DYTM berkenan menerima sembah penerangan daripada Jurulatih Lawan Pedang Berita dan Foto : Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin

 


 August 8th, 2017  |  09:17 AM  |   1333 views

BERAKAS

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berangkat meninjau persiapan kontinjen negara ke temasya Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia bermula 14 Ogos ini.

 

Turut berangkat ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul 'Aleem.

 

Keberangkatan DYTM dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Semasa tinjauan tersebut, DYTM menerima sembah penerangan daripada Jurulatih Boling Padang, Awang Lokman bin Haji Mohd. Salleh; Jurulatih Lawan Pedang, Yoshea Rayendra Poerawinata; Jurulatih Kwon Oh Son; Jurulatih Pencak Silat, Pengiran Haji Tejudin bin Pengiran Mohd. Salleh dan Jurulatih Bola Jaring, Kosgamage Thilaka Dhammika Jinadasa.

 

Tinjauan DYTM tersebut adalah bagi meninjau latihan pasukan-pasukan dan atlet-atlet negara yang akan menyertai temasya Sukan SEA, antaranya boling padang, lawan pedang, bola sepak, pencak silat dan bola jaring.

 

Keberangkatan DYTM adalah untuk memberikan kata-kata semangat serta sokongan psikologi untuk bekalan kepada pasukan dan atlet bagi mengharungi perlawanan masing-masing semasa di luar negara nanti.

 

Pada Sukan SEA tahun ini, Negara Brunei Darussalam akan menyertai sebanyak 14 acara iaitu akuatik (Renang Berirama), olahraga, badminton, lumba basikal, ekuestrian (endurance, jumping, polo), lawan pedang, bola sepak, golf, karate, boling padang, netball, pencak silat, sepak takraw dan wushu.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16