Home > Bahasa Melayu
Pelajar SMARTER lawat Perpustakaan DBP
LAWATAN Persatuan Smarter Brunei ke DBP, Lambak Kanan. Oleh : Khartini Hamir / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
August 9th, 2017 | 09:15 AM | 1286 views
LAMBAK KANAN
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Lambak Kanan menerima kunjungan sekumpulan pelajar dari Persatuan SMARTER Brunei yang mengadakan lawatan sambil belajar sebulan sekali hari ini.
Rombongan terdiri daripada enam murid, antaranya seorang dari Unit 'Early Development', empat murid dari Unit 'Independent Living Skills' (ILS) class 1 & 2 dan seorang dari Unit ILS 3 / 4 dengan ditemani bersama empat orang tenaga pengajar terdiri daripada 'skilled-therapist' dari Unit Pendidikan Khas, Jururawat dan Guru Terlatih.
Semasa lawatan, para pelajar ditempatkan di Bilik Mesra Autisme, iaitu sebuah Perpustakaan Mesra Autisme yang pertama terdapat di negara.
Perpustakaan tersebut menyediakan ruang bilik khusus untuk pengguna-pengguna autisme yang dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang dapat mereka gunakan untuk menenangkan diri dan mengembalikan fokus mereka.
Selain itu, pada lawatan tersebut Perpustakaan DBP Cawangan Lambak Kanan turut menyediakan aktiviti tambahan bagi murid SMARTER Brunei berkenaan, antaranya dengan mengadakan sesi bercerita bersama kanak-kanak Autisme yang dikendalikan oleh kakitangan perpustakaan, sesi audio visual mengenali 'phonic' (nyanyian dari DVD) dan beberapa sesi aktiviti di Bilik Mesra Autisme.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]