Home > Bahasa Melayu
Hari ASEAN 2017 diraikan dengan forum
HADIR selaku tetamu pada majlis tersebut ialah Pemangku Naib Canselor UBD, Dayang Hajah Rubiah binti Yacob. Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
August 9th, 2017 | 09:17 AM | 931 views
TUNGKU LINK
Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan sokongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menganjurkan forum bagi meraikan Hari ASEAN 2017 di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD, di sini.
Dengan tema 'Partnering the Change, Engaging the World', forum tersebut dikendalikan oleh Persatuan Pelajar Universiti UBD, Seksyen Hal Ehwal Global dan Hal Ehwal Pelajar bagi meraikan Ulang Tahun Ke-50 ASEAN dengan mempersembahkan beberapa siri taklimat dan persembahan kebudayaan.
Hadir selaku tetamu pada majlis tersebut ialah Pemangku Naib Canselor UBD, Dayang Hajah Rubiah binti Yacob. Juga hadir, pelajar dari pelbagai institusi pendidikan tinggi di negara ini.
Antara pembentang-pembentang yang dijemput bagi sesi pertama forum tersebut ialah, Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, KKBS, dengan taklimat 'ASEAN: We Are One'; Pengarah Institusi Pendidikan Asian, UBD, Profesor Madya, Dr. Jeremy Jammes 'Energy, Time and Space in ASEAN'; dan Ketua Sekretariat Rangkaian Kajian Borneo, UBD, Dr. Dayangku Hasharina binti Pengiran Haji Hassan dengan taklimatnya 'Borneo Matters'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]