FacebookInstagramTwitterContact

 

STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>           Prepper Medicine: 7 Natural Pain-Relieving Plants           >>           Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NDMC tingkatkan kefahaman hadapi risiko gegaran


SALAH seorang wakil yang menyampaikan taklimat. Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin, Mohd. Amirul Hilmi bin Jali / Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 


 August 9th, 2017  |  09:23 AM  |   695 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Taklimat Kesiapsiagaan Menghadapi Gegaran bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kefahaman tentang risiko gegaran, dengan harapan untuk membina kesiapsiagaan melalui langkah-langkah mitigasi demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

 

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Taklimat Kesiapsiagaan Menghadapi Gegaran, bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Bandar Seri Begawan, di sini.

 

"InsyaaAllah, melalui program ini, kesedaran dan pengetahuan asas mengenai risiko-risiko yang mungkin terjadi dapat dikongsi bersama dengan harapan ia dapat ditangani dengan pelan kecemasan yang bersesuaian," jelas beliau lagi.

 

Taklimat dikendalikan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya; Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Perkhidmatan Kecemasan Ambulans Perubatan (EMAS).

 

Juga hadir ialah sejumlah penghuni bangunan-bangunan tinggi di sekitar Bandar Seri Begawan yang terdiri daripada Pengamal-pengamal Kesihatan, Keselamatan, Kawalan Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE), Fire Marshall dan pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam merangka pelan tindakan kecemasan.

 

Semasa taklimat, para peserta antara lain didedahkan pada latar belakang kejadian gegaran di negara, langkah-langkah keselamatan apabila berlaku gegaran dan kepentingan membentuk pelan tindakan kecemasan bagi menghadapi gegaran.

 

NDMC akan terus mengendalikan taklimat serupa dari semasa ke semasa bagi mendukung misi untuk 'Membina Masyarakat yang Berdaya Tahan Bencana Demi Kesejahteraan Negara'.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54