FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Anak yatim Mukim Lamunin diraikan


DUTA Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki di NBD, Tuan Yang Terutama Saut Akgun menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Mukim Lamunin yang diraikan pada majlis amal anjuran Kedutaan Turki. Berita dan Foto : Hernie Suliana binti Haji Othman

 


 August 9th, 2017  |  09:25 AM  |   869 views

TUTONG

 

Kedutaan Turki di Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan satu acara amal pada majlis yang diadakan di Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, di sini.

 

Majlis Amal bertemakan 'Kanak-Kanak Masa Depan Kita' adalah untuk meraikan sejumlah 83 anak-anak yatim dari Mukim Lamunin, Tutong dan akan menerima sumbangan daripada kedutaan yang disampaikan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki di NBD, Tuan Yang Terutama Suat Akgun.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Imam Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Sengkarai, Awang Alimin bin Ismail.

 

Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussein, dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan, majlis seumpamanya menunjukkan keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap kebajikan yang diperlukan di samping membantu mengukuhkan hubungan antara Brunei Darussalam dan Republik Turki.

 

''Selain itu, ia juga akan menggalakkan perpaduan di kalangan kita dan pemahaman yang berharga antara manusia dengan budayanya, tidak kira betapa berbezanya mereka,'' tambahnya.

 

Duta Besar dan Mutlak Republik Turki di NBD, Tuan Yang Terutama Suat Akgun dalam ucapannya pula berkata, dengan adanya majlis sedemikian akan dapat mendekatkan Republik Turki kepada rakyat negara ini.

 

''Majlis hari ini khusus bagi golongan muda dan kanak-kanak, di mana dengan demikian kita turut menyumbang kepada usaha-usaha yang dibuat oleh ibu bapa, penjaga-penjaga dan para guru, kerana kanak-kanak merupakan golongan masa hadapan dan masa hadapan terletak di tangan mereka,'' jelas TYT.

 

Acara diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang diraikan oleh Pegawai Daerah Tutong dan TYT dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16