FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pencahayaan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja sebagai Mercu Tanda ASEAN


ORANG ramai tidak melepaskan peluang menyasksikan Majlis Pelancaran Pencahayaan Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja sebagai Mercu Tanda ASEAN PERARAKAN Warna Warni dari Pencaragam 'Serunai dan Tambur' dari Jabatan Penjara Brunei dan bendera-bendara negara-negara ASEAN dibawa oleh Pasukan Khidmat Bakti Negara (PKBN). Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Azmah Haji Ahad

 


 August 9th, 2017  |  09:27 AM  |   2163 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam melakar satu lagi sejarah sempena Penandaan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

 

Majlis Pelancaran Pencahayaan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja sebagai Mercu Tanda ASEAN diadakan di hadapan bangunan berkenaan di ibu negara, di sini.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan pencahayaan bangunan berkenaan.

 

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil serta Duta-duta Besar Negara-negara ASEAN ke Negara Brunei Darussalam dan Ketua-ketua Perwakilan Asing.

 

Terdahulu, acara dimeriahkan dengan perarakan warna-warni Pancaragam Serunai dan Tambur oleh Jabatan Penjara Brunei; Pembawa Bendera Negara-negara ASEAN, 50 Bekas Peserta Kapal Belia Asia Tenggara dan 50 Aneka Basikal dari Tahun 1960.

 

Majlis juga diserikan dengan beberapa persembahan di Pentas Perayaan, berhadapan dengan bangunan tersebut.

 

Antara yang menyerikan malam pelancaran ialah Persembahan Tarian Asli Negara Brunei Darussalam; Persembahan Nyanyian lagu bertajuk 'Anak' yang disampaikan oleh penyanyi dari Republik Filipina dan persembahan kemuncak persembahan nyanyian lagu bertajuk 'ASEAN We Are One'.

 

Tema ASEAN tahun ini di bawah kepengerusian Republik Filipina, 'Perkongsian Untuk Perubahan, Melibatkan Dunia (Partnering for Change Engaging the World)', mencerminkan sokongan kerajaan Filipina untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan Negara-negara Anggota ASEAN dan rakan kongsi global.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54