FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan menghantar titah perutusan tahniah


Siaran Akhbar : Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia

 


 August 9th, 2017  |  09:29 AM  |   885 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

 

 

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam dan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Republik Singapura.

 

Dalam titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menzahirkan kegembiraan dapat memenuhi undangan Tuan Yang Terutama bagi membuat lawatan ke Republik Singapura dalam mana baginda dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berpeluang mengukuhkan lagi komitmen kedua belah pihak terhadap pertalian persahabatan dan kerjasama yang istimewa dan unik di antara kedua-dua buah negara, terutama bagi rakyat masing-masing dan seterusnya berharap akan dapat meneruskan kerjasama yang rapat tersebut di tahun-tahun mendatang.

 

Sementara itu, di dalam titah perutusan yang sama kepada Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong, Kebawah DYMM menghargai layanan mesra yang diberikan oleh Tuan Yang Terutama dan Madam Ho Ching semasa keberangkatan Lawatan Negara baginda dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ke Republik Singapura yang menggambarkan persahabatan erat yang dinikmati sekian lama di antara rakyat Negara Brunei Darussalam dengan rakyat Republik Singapura di semua peringkat dalam pelbagai bidang.

 

Baginda seterusnya berharap dapat meneruskan kerja bersama Tuan Yang Terutama ke arah mengukuhkan perhubungan yang penting dan sangat bernilai baik dalam bidang dua hala mahu pun dalam kerjasama serantau khususnya ketika Singapura menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

 

Pada mengakhiri titah-titah perutusan baginda kepada Tuan Yang Terutama, Dr. Tony Tan Keng Yam dan Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong itu, baginda menyampaikan ucapan muhibah kepada Tuan-Tuan Yang Terutama dan keluarga dan semoga mereka berada dalam kesihatan yang baik dan penuh kegembiraan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19