Home > Bahasa Melayu
Airplay bantu pelbagaikan strategi pengajaran murid persekolahan ugama
TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Program Celik I. Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
August 10th, 2017 | 09:07 AM | 1211 views
KIULAP
Dalam proses pengajaran guru, alat bantu mengajar memainkan peranan yang amat penting bagi mempermudahkan, menarik minat dan menggayakan lagi isi kandungan pelajaran yang akan diajarkan.
Program Celik I.T merupakan wadah bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dengan menggunakan progran ‘Airplay’ di persekolahan ugama dalam kalangan tenaga pengajar.
Pelancaran program berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid bertempat di Dewan Sekolah Ugama Haji Mohd Jaafar Maun, Kampung Kiulap di sini.
Terdahulu, Guru Besar sekolah tersebut, Awang Amran bin Haji Majid dalam ucapan alu-aluannya antara lain menegaskan sekiranya guru tidak peka dalam merubah cara pengajaran dan tidak memasukkan ICT ke dalam pengajaran dan pembelajaran maka ia akan menyukarkan para murid untuk belajar ugama.
Melalui Airplay jelas Awang Amran, guru bebas membuat sebarang aktiviti bersama murid-murid di kelas masing-masing serta guru juga mudah mempelbagaikan strategi pengajaran.
Selain itu, katanya, tumpuan murid juga lebih fokus dengan arahan guru, mereka juga dapat melihat skrin bagi mengatasi masalah ketinggalan buku teks di samping pengetahuan yang kompleks dapat diselesaikan dengan lebih pantas.
"Melalui Airplay, setelah melihat kesenangan kebanyakan guru menukar persepsi mereka dari 'nanti tah ku membali kepada 'mesti ku membeli'," ujarnya lagi.
Tetamu kehormat seterusnya meninjau secara lebih dekat mengenai kaedah program berkenaan yang dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid.
Turut hadir, Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Dayang Hajijah binti Haji Moktal dan para pegawai dari Jabatan Pengajian Islam.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]