Home > Bahasa Melayu
Mangsa kebakaran Kampung Saba Tengah terima bantuan
PEMANGKU Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Haji Abd Aziz bin Haji Akop semasa hadir menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampong Saba.
August 10th, 2017 | 09:11 AM | 1272 views
MUKIM LUMAPAS
Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Hamzah Mohidin
Dalam usaha untuk meringankan beban mangsa kebakaran baru-baru ini, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menyerahkan sejumlah BND2,000.00 wang agihan zakat kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Saba Tengah, Mukim Saba.
Hadir menyerahkan agihan zakat yang berlangsung di kawasan kediaman sementara mangsa di Kampung Lupak Luas ialah Pemangku Setiausaha MUIB, Awang Haji Abd. Aziz bin Haji Akop.
Agihan zakat yang berupa bantuan kewangan diserahkan pada dua buah rumah, yang terdiri daripada 10 penghuni.
Pemilik rumah pertama, Dayang Norhajijah binti Haji Jais dan suami serta anak menerima sejumlah BND600.00 dan peralatan sekolah.
Sementara pemilik rumah kedua, Dayang Hajah Intan binti Haji Gampal dan seorang anak pula menerima sebanyak BND400.00.
Kelamin seterusnya, Awang Haji Mantarais bin Haji Jais dan isteri serta tiga orang anak menerima sebanyak BND1,000.00 dan peralatan sekolah.
Para penerima merupakan mangsa yang terlibat dalam musibah kebakaran pada 4 Ogos lalu.
MUIB berharap, agihan wang zakat itu dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa dan dalam masa yang sama menyeru kepada mereka supaya lebih berhati-hati serta berwaspada dalam menjaga keselamatan anggota keluarga dari ditimpa musibah.
Source:
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]