Home > Bahasa Melayu
Penambahbaikan Tasek Merimbun, strategi tarik pelancong
AKTIVITI gotong-royong dijalankan di rumah galeri. Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim
August 11th, 2017 | 09:06 AM | 1356 views
TUTONG
Tasek Merimbun merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menarik di Daerah Tutong dan diiktiraf sebagai salah sebuah Taman Warisan ASEAN.
Sehubungan itu, bagi membangunkan dan memajukan serta menambah baik infrastruktur asas yang terdapat di tasik berkenaan, satu Kempen Bergotong-Royong diadakan di Tasek Merimbun, di sini.
Terdahulu sebelum kempen bermula, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali dalam taklimat ringkasnya di Balai Tasek berkenaan menjelaskan Kempen Bergotong-Royong tersebut bertujuan bagi memperbaiki infrastruktur yang ada di kawasan Tasek Merimbun.
Antara yang hadir, pegawai-pegawai dari Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Jabatan Kemajuan Pelancongan, Jabatan Daerah Tutong, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perhutanan, Jabatan Bandaran Daerah Tutong, Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong, wakil daripada ahli-ahli persatuan bukan kerajaan (NGOs), Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) dan wakil daripada Persatuan Syarikat-Syarikat Kilang Papan Negara Brunei Darussalam.
Dalam pada itu, Pegawai Eksekutif, Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong, Awang Muhammad Amir bin Haji Umarali semasa di temu bual Pelita Brunei antara lain menjelaskan kempen tersebut adalah hasil daripada permuzakarahan yang diadakan dan kempen tersebut telah bermula pada 7 Ogos.
Menurutnya, kempen tersebut menggunakan penglibatan 'One Nation Approach' (Pendekatan Satu Negara) bagi menggerakkan aktiviti pelancongan di Taman Warisan Tasek Merimbun.
Inisiatif dan usahasama berterusan Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Jabatan Kemajuan Pelancongan bagi merancakkan kegiatan pelancongan di Tasek Merimbun yang sudah pun diiktiraf sebagai Taman Warisan ASEAN Tasek Merimbun pada tahun 1984.
Taman Warisan ASEAN Tasek Merimbun mempunyai daya tarikan tersendiri yang unik dan kaya dengan sumber flora dan fauna.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PE THET HTET KHIN
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]
Pakistan Accused Of Killing Eight Women And Children In Afghanistan Air Strikes
2024-03-19 00:06:23
Evergrande: China Property Giant And Its Founder Accused Of $78bn Fraud
2024-03-19 12:55:55