FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


94 Rekrut Tamat Latihan Diraikan


PERBARISAN lalu rekrut. Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 August 11th, 2017  |  09:09 AM  |   1946 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Seramai 94 orang rekrut diraikan dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan Bagi Rekrut Lelaki dan Wanita Skuad 1/2016 yang berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan Polis, Gadong di sini.

 

Upacara tamat latihan ini merupakan satu detik penuh bermakna bagi mereka kerana berkat sabar dan tabah dalam menempuh segala dugaan dalam latihan itu, mereka telah berjaya menjadi seorang anggota polis yang terlatih.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah yang juga turut berucap pada upacara berkenaan.

 

Juga hadir, Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Mohd Irwan bin Haji Hambali.

 

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat memeriksa perbarisan dan menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepujian kepada rekrut-rekrut terbaik.

 

Penyampaian sijil-sijil kepujian dimulakan dengan rekrut-rekrut lelaki 'Terbaik Dalam Semua Jurusan' yang diterima oleh Rekrut 6395 Mohamad Shafijan bin Timbang diikuti dengan 'Terbaik Dalam Undang-Undang dan Pekerjaan Polis' diterima oleh Rekrut 6386 Awangku Muhammad Saufi @ Awangku Hazman bin Pengiran Razak manakala penerima bagi 'Terbaik Dalam Kawad dan Latihan Luar' ialah Rekrut 6375 Afiendi anak Jarah.

 

Manakala rekrut-rekrut wanita, 'Terbaik Dalam Semua Jurusan' diterima oleh Rekrut 6441 Anne Cheryl binti Apollo, 'Terbaik Dalam Undang-Undang dan Pekerjaan Polis' diterima oleh Rekrut 6438 Aina Farwizah binti Musri dan Rekrut 6465 Zunurzulaikhayati @ Zumarleinayati binti Haji Yunos pula 'Terbaik Dalam Kawad dan Latihan Luar'.

 

Di upacara itu, tetamu kehormat turut diperkenalkan kepada rekrut-rekrut yang berjaya menamatkan latihan serta bergambar ramai dengan rekrut-rekrut yang diraikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19