Home > Bahasa Melayu
Kewibawaan, Profesionalisme Dapat Meyakinkan Masyarakat
PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah semasa memberikan ucapan di upacara berkenaan. Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
August 11th, 2017 | 09:10 AM | 829 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang dan memelihara kepentingan orang ramai bagi mengekalkan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.
Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah berkata, tugas-tugas yang dilaksanakan walaupun secara individu akan mencerminkan kewibawaan dan tahap profesionalisme Pasukan PDB di mata masyarakat tempatan mahupun parapengunjung dari negara-negara luar.
Terdahulu Yang Dimuliakan Pehin menjelaskan, dengan tamatnya latihan ini, mereka semua sudah mencapai tahap anggota polis yang terlatih dan seharusnya sudah bersedia untuk menjalankan tugas-tugas am Pasukan PDB.
''Sebagai anggota Pasukan Polis Diraja Brunei, biskita merupakan 'frontliner' atau anggota-anggota yang berhubung secara langsung dengan orang ramai pada setiap hari. Oleh yang demikian, sikap dan sifat-sifat yang terpuji seperti berbudi pekerti, profesional, jujur dan amanah adalah penting untuk diamalkan,'' ujar Yang Dimuliakan Pehin pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Polis Pengambilan 1/2016, bertempat di Padang Kawad Pasukan PDB, di sini. Dengan pelaksanaan tugas yang cekap dan penuh profesional menurut Yang Dimuliakan Pehin, setentunya ianya akan memberikan gambaran baik dan meyakinkan masyarakat tempatan serta para pengunjung asing akan keberkesanan undang-undang negara dan tahapkeselamatan di negara ini dan secara tidak langsung, ini juga akan meyakinkan lebih ramai pengunjung dari negara-negara luar untuk datang ke negara ini sama ada sebagai pelancong mahupun para pelabur asing yang berpotensi untuk membuat pelaburan di negara ini yang setentunya mampu meningkatkan lagi ekonomi negara.
Yang Dimuliakan Pehin seterusnya berharap agar anggota PDB tidak bersikap prejudis atau 'bias' kepada mana-mana pihak ketika menguatkuasakan undang-undang ataupun menghulurkan bantuan, kerana sikap-sikap begini boleh menjejaskan imej Pasukan PDB dan menghakis kepercayaan serta keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan Pasukan PDB.
Dalam hal ini, Yang Dimuliakan Pehin percaya bahawa Pasukan PDB akan sentiasa menambah baik keupayaan dalam semua aspek seperti meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota melalui kursus-kursus dan latihan-latihan yang relevan dan progresif, memperolehi platform-platform asas yang bersesuaian dengan memanfaatkan perkembangan teknologi serta memantapkan segala proses dan prosedur melalui latihan dan validasi.
''Alhamdulillah, ABDB dan Pasukan PDB telah dan akan sentiasa bekerjasama dalam pelbagai platform sama ada dari segi operasi bersama,'' ujar Yang Dimuliakan Pehin.
Sebagai rakan bersama, tambah Yang Dimuliakan Pehin lagi, ABDB akan sentiasa bersedia untuk membantu Pasukan PDB dalam apa jua perancangan perkembangannya yang mana ABDB mempunyai pengalaman dalam latihan, perolehan peralatan dan lain-lain yang bermanfaat untuk dikongsikan bersama Pasukan PDB.
Sebagai ahli masyarakat awam jelas Yang Dimuliakan Pehin, kita sangat menghargai khidmat bakti dan pengorbanan anggota Pasukan PDB yang mana keberadaan anggota polis di jalan-jalan raya, di tempat-tempat awam, kawasan perairan, pedalaman dan hutan sempadan negara memberikan keyakinan kepada kita bahawa keselamatan dan kepentingan negara adalah sentiasa terpelihara dan keberadaan mereka seharusnya kita lihat secara positif dengan memberikan sokongan serta kerjasama yang sepenuhnya bagi memudahkan pihak Pasukan PDB melaksanakan tugas mereka dengan sebaik-baiknya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]
Pakistan Accused Of Killing Eight Women And Children In Afghanistan Air Strikes
2024-03-19 00:06:23
Evergrande: China Property Giant And Its Founder Accused Of $78bn Fraud
2024-03-19 12:55:55