Home > Bahasa Melayu
Berkenan Menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan Daripada Ketua-Ketua Perwakilan Baharu
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat Tauliah Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
August 11th, 2017 | 09:13 AM | 929 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-Ketua Perwakilan baharu ke Negara Brunei Darussalam. Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Richard Stephen Lindsay.
Selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato.
Seterusnya baginda berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Peter Hermann Wolff.
Kemudian baginda berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-Ketua Perwakilan yang baharu ke negara ini yang didahului oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, TYT Richard Stephen Lindsay, sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Dasar Keselamatan di Pejabat Luar Negara dan Komanwel.
Sejurus selepas itu, baginda berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, TYT Motohiko Kato yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Jepun di United Kingdom.
Baginda kemudiannya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, TYT Peter Hermann Wolff sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Republik Persekutuan Jerman di Paraguay.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]
Pakistan Accused Of Killing Eight Women And Children In Afghanistan Air Strikes
2024-03-19 00:06:23
Evergrande: China Property Giant And Its Founder Accused Of $78bn Fraud
2024-03-19 12:55:55