Home > Bahasa Melayu
Pasukan tarik kalat negara berlepas ke Singapura
PASUKAN Brunei 'A' bergambar ramai bersama wakil penaja dan wakil dari Persatuan Tarik Kalat NBD sebelum berlepas ke Singapura bagi menyertai Kejohanan Tarik Kalat Dalam Dewan Asia 2017 Berita dan Foto : Hernie Suliana binti Haji Othman
August 12th, 2017 | 09:25 AM | 2447 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Negara Brunei Darussalam akan menyertai Kejohanan Tarik Kalat Dalam Dewan Asia (Asian Indoor Tug of War Championship) yang akan berlangsung pada 12 Ogos 2017 bertempat di Kompleks Sukan Politeknik Republik, Republik Singapura.
Kejohanan ini merupakan kali pertama diadakan di Asia dan akan mempertandingkan kategori 640 kg berat terkumpul bagi 8 orang penarik.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Setiausaha Persatuan Tarik Kalat Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam, Pengiran Haji Mohd Iskandar Shah bin Pengiran Haji Jadid dan wakil dari Kingston Beverage and Creamery Sendirian Berhad, Awang Valentine Hon selaku syarikat penaja.
Sebanyak 15 buah pasukan dari 7 buah negara di rantau Asia akan bertanding dan Negara Brunei Darussalam diwakili oleh dua pasukan, Brunei 'A' dan Brunei 'B'.
Pasukan negara telah beberapa kali menyertai pertandingan tarik kalat dalam dewan di luar negara seperti 2007 di Viet Nam, 2010 di Korea Selatan, Taiwan pada 2011, dengan pencapaian terbaik pada tahun 2014 menyandang gelaran juara di Singapura.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]
Pakistan Accused Of Killing Eight Women And Children In Afghanistan Air Strikes
2024-03-19 00:06:23
Evergrande: China Property Giant And Its Founder Accused Of $78bn Fraud
2024-03-19 12:55:55