Home > Bahasa Melayu
KUPU SB - UTM perbaharui MoU
PEMANGKU Ra’es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Hj Adanan bin Haji Basar bersama Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Professor Datuk IR Dr. Wahid Omar semasa Majlis Penandatanganan Pembaharuan Perjanjian Persefahaman (MoU Siaran Akhbar dan Foto : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
August 12th, 2017 | 09:30 AM | 1581 views
JOHOR BAHRU
Bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan Islam di rautau ini, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menandatangani Pembaharuan Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Johor Bahru.
Menurut Siaran Akhbar KUPU SB, menandatangani bagi pihak KUPU SB ialah Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, manakala pihak UTM diwakili oleh Naib Canselor UTM, Profesor Datuk IR Dr. Wahid bin Omar.
Kerjasama dalam pembangunan pendidikan Islam di antara kedua-dua universiti bermula pada tahun 2010, yang mana kedua-dua institusi tersebut bergiat aktif dalam bidang akademik seperti program pertukaran pelajar serta pensyarah, penganjuran seminar juga penerbitan buku bersama.
Majlis penandatangan MoU tersebut adalah bersempena dengan University President Forum 2017 yang diadakan selama dua hari bermula 8 hingga 10 Ogos, bertempat di UTM, Johor Bahru.
Juga menghadiri majlis tersebut serta forum berkenaan ialah Pemangku Pendaftar KUPU SB, Pengiran Anak Haji Damit Baharuddin bin Pengiran Anak Safiuddin.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]
Pakistan Accused Of Killing Eight Women And Children In Afghanistan Air Strikes
2024-03-19 00:06:23
Evergrande: China Property Giant And Its Founder Accused Of $78bn Fraud
2024-03-19 12:55:55