FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bakal jemaah haji kedua berlepas ke Tanah Suci


Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 August 12th, 2017  |  09:32 AM  |   1874 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 254 bakal jemaah haji berlepas ke Tanah Suci dalam penerbangan kedua menaiki Penerbangan Diraja Brunei dengan pesawat BI4203 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) jam 5.32 petang ini.

 

Mereka terdiri daripada 126 lelaki dan 123 perempuan serta lima pegawai dari Maktab Urusan Haji Perubatan dan Darussalam Holding Sendirian Berhad.

 

Bakal jemaah haji yang mengikuti pakej Syarikat Darussalam Holding itu sudah berkumpul terlebih awal bersama ahli keluarga, saudara mara serta sahabat handai sebelum mereka beredar ke ruang pelepasan.

 

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Datin; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi.

 

Juga hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Datin; Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hisham bin Abdul Wahab bin Abdullah Zaraa serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Bagi memohon keselamatan, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang sementara azan dilaungkan oleh Mudim Awang Haji Abdul Latif bin Haji Saman.

 

Setentunya keberangkatan pergi para Duyufurahman itu amat dirasai dengan tangisan airmata oleh sebahagian ahli keluarga yang datang di LTAB ini dan doa agar ahli keluarga mereka mendapat haji yang mabrur serta selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

 

Kumpulan kedua ini dijangka tiba sekitar jam 10.12 malam waktu Madinah. Penerbangan kumpulan ketiga seterusnya akan bertolak Ahad ini dan dijadualkan akan berlepas jam 8.08 malam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19