FacebookInstagramTwitterContact

 

BIBD Awareness Campaign           >>           Depart for SEAYLP in the United States           >>           Raya Packet Recycling Drive           >>           No More Ash Clouds over Brunei Darussalam's Airspace           >>           'Appreciate and Be Grateful for the Blessings of Water'           >>           Conversion Ceremony           >>           Tree Planting Initiative           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kontinjen SUKAN SEA berlepas ke Kuala Lumpur


BACAAN Doa Selamat mengiringi kontinjen Negara Brunei Darussalam sebelum berlepas ke Kuala Lumpur bagi menyertai Sukan SEA Ke-29 Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 August 13th, 2017  |  11:52 AM  |   1729 views

BERAKAS

 

 

 

Kumpulan kedua kontinjen Negara Brunei Darussalam seramai 48 ahli terdiri daripada tiga urus setia, 16 orang dari pasukan bola jaring, 26 pemain sukan bola sepak dan tiga orang dari pasukan ekuestrian (endurance) telah berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menyertai Kejohanan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-29.

 

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berlepas ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang  Haji Zafri bin Haji Mohamed.

 

Kontinjen negara akan menyertai 14 acara sukan iaitu akuatik (renang berirama), olahraga, badminton, lumba basikal, ekuestrian (endurance, jumping dan polo), lawan pedang, bola sepak, golf, karate, boling padang, bola jaring, pencak silat, sepak takraw dan wushu.

 

Pasukan bola sepak negara akan memulakan cabaran pada Sukan SEA ke-29 dengan menentang pasukan tuan rumah Malaysia pada 14 Ogos 2017 bermula 8 malam berlangsung di Stadium Shah Alam.

 

Sukan SEA Ke-29 akan bermula secara rasminya mulai 19 Ogos hingga 30 Ogos 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Hingga ke hari ini Negara Brunei Darussalam telah memperoleh sebanyak 12 pingat emas, 46 perak dan 167 gangsa sejak mula menyertai Sukan SEA pada tahun 1977. Pencapaian terbaik negara ialah pada tahun 1999 apabila negara menjadi tuan rumah dengan kutipan 4 pingat emas, 12 perak dan 32 gangsa.

 

Kumpulan ketiga dan keempat kontinjen negara akan dijangka bertolak ke Kuala Lumpur pada 14 Ogos dan 16 Ogos 2017.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17