FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pasukan Majlis Lumba Perahu Lela Cheteria muncul juara


Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 August 14th, 2017  |  10:11 AM  |   1363 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasukan Majlis Lumba Perahu Lela Cheteria muncul juara bagi Kategori Lumba Perahu Tradisi Belia 30 Pekayuh (Tajaan Khas), manakala Pasukan Mukim Saba dan Pasukan Gabungan Anak Tamoi Brunei masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga dalam acara Lumba Perahu Tradisi Belia 2017 yang diadakan di Perairan Sungai Brunei di ibu negara.

 

Berangkat selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada para pemenang ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

 

Lumba Perahu Tradisi Belia 2017 anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-12, 2017 yang antara lain bertujuan bagi mengenang masa silam penduduk Negara Brunei Darussalam yang terkenal dengan Kampong Ayer di mana sebahagian daripada  generasinya mewarisi kemahiran berkayuh, di samping untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan menjana integrasi di kalangan belia.

 

Perlumbaan yang telah diadakan mulai tahun 2001 tersebut menerima penyertaan dari daerah-daerah lain secara jemputan sejak 2009, yang mana kali terakhir perlumbaan seumpamanya diadakan pada tahun 2014.

 

Pada tahun ini sebanyak 9 pasukan terdiri daripada Pasukan Lumba Perahu Belia Daerah Tutong; Pasukan Alumni Program Khidmat Bakti Negara; Pasukan Lumba Perahu Majlis Sukan Polis Diraja Brunei; Pasukan Lumba Perahu Ikan Paus; Pasukan Majlis Lumba Perahu Lela Cheteria; Pasukan Lumba Perahu Gabungan Anak Tamoi Brunei (GATA); Pasukan Lumba Perahu Setia Kesuma Bersatu; Pasukan Lumba Perahu Juang United; Pasukan Lumba Perahu Mukim Saba; dan Pasukan Lumba Perahu Kampung Sungai Bunga.

 

Sebanyak sepuluh kategori telah dipertandingkan iaitu Lumba Perahu Tradisi Terbuka 30 Pekayuh; Lumba Kayak Berpasangan Campuran; Lumba Perahu Tradisi Belia 15 Pekayuh; Lumba Perahu Jumpong 3 Pekayuh; Lumba Perahu Tradisi Belia 20 Pekayuh; Lumba Perahu Terbuka 15 Pekayuh; Lumba Perahu Tradisi Belia 10 Pekayuh; Lumba Kayak Berpasangan Lelaki; Lumba Perahu Jumpong 2 Pekayuh dan Lumba Perahu Tradisi Belia 30 Pekayuh (Tajaan Khas).

 

Pelepasan bagi Kategori 30 Pekayuh bermula dari Kampung Tamoi Hujung sejauh 1000 meter, manakala bagi Kategori 10, 15 dan 20 Pekayuh pula dari Kampung Pengiran Tajuddin Hitam sejauh 500 meter. Bagi Kategori Kayak dan Jumpong sejauh 100 meter telah bermula dari Hujung Jeti Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Penamat semua kategori ialah di hadapan Mercu Tanda Dermaga Diraja.

 

Turut hadir ialah Menteri KKBS, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; dan ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan KKBS.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54