FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


​ Dua lokasi Daerah Tutong berpotensi untuk dimajukan


Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 August 20th, 2017  |  09:49 AM  |   1128 views

TUTONG

 

 

 

 

Bagi memerhati keupayaan pengusaha-pengusaha dalam menyediakan dan membangunkan produk-produk pelancongan dan prospek mewujudkan lebih banyak pakej pelancongan di negara ini, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong mengadakan lawatan ke dua lokasi di Daerah Tutong yang berpotensi untuk dimajukan sebagai produk pelancongan.

 

Lokasi pertama yang dilawati oleh Yang Berhormat ialah di Telaga Tujuh Mandian Puteri di Kampung Tanjong Maya milik pengusaha, Awang Sha'ari bin Haji Zunaidi, menawarkan pakej bermalam di rumah tetamu (guesthouse) milik beliau, untuk mengalami pengalaman berladang seperti mengekstrak madu dari lebah kelulut dan ternakan kambing. Pengunjung juga boleh meneroka kawasan telaga lagenda, atau memilih untuk pergi menggunakan kenderaan 4 x 4.

 

Manakala lokasi kedua ialah Perusahaan Seri Melati yang merupakan pembuat bot 'fiber glass' di Kuala Tutong, mempunyai keupayaan untuk mengendalikan pelayaran menyusuri Sungai Tutong yang boleh menjadi tarikan kepada pengunjung tempatan dan luar negeri.

 

Ia merupakan peluang untuk pemilik, Awang Haji Abdul Rashid bin Haji Mahmood untuk mengembangkan perniagaannya.

 

Lawatan itu juga merupakan sebahagian daripada persediaan menjelang perasmian 'Pakej Destinasi Tutong' yang akan diadakan pada 23 Ogos 2017.

 

Dalam temu bual bersama Yang Berhormat Menteri SSUP antara lain menyatakan, produk menyusuri Sungai Tutong Perusahaan Seri Melati itu nampaknya sangat digemari dan sangat popular di kalangan pelancong China dan Korea di mana mereka boleh menikmati pemandangan matahari terbenam, dan juga penyediaan makan malam sebelum berlepas balik menaiki penerbangan mereka.

 

Daerah Tutong juga, tambah Yang Berhormat sangat aktif dengan beberapa produk ditawarkan seperti 'river cruising', inap desa (homestay), pembuatan minyak kelapa dara, aktiviti orang kampung di Kiudang seperti pengeluaran teh herba, dan yang terkini untuk dibangunkan ialah Taman Warisan Tasek Merimbun yang mana sebahagian daripadanya dapat dimajukan sebagai kawasan pelancongan.

 

Kementerian katanya, akan sentiasa berusaha dalam menarik pelancong, bekerjasama dengan ejen-ejen pelancongan dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, serta hotel-hotel penginapan untuk bersama-sama mempromosi Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah destinasi pelancongan.

 

Pakej Destinasi Tutong atau 'Tutong Destination Packages' merupakan usaha sama Jabatan Kemajuan Pelancongan dan Badan Penyelaras dan Promosi Pelancongan Daerah Tutong untuk mempromosikan tarikan pelancong di daerah tersebut.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19