FacebookInstagramTwitterContact

 

'God Of Destruction' Asteroid Apophis Will Come To Earth In 2029 — And It Could Meet Some Tiny Spacecraft           >>           Microsoft's web-based mobile game store opens in July           >>           Google just patched the fifth zero-day exploit for Chrome this year           >>           Hulu's Black Twitter documentary is a vital cultural chronicle           >>           PSG Kit Launch Gives Fans First Glimpse Of Post-Mbappe Era           >>           Inter Milan Thrash Frosinone For Season's-Best 5-0 Win           >>           Transfer Talk: Barcelona Aiming To Sign Nico Williams           >>           How Tottenham Are Preparing For Their First FA Cup Final           >>           Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perasmian Sukan SEA KL 2017 meriah


Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Azmah Haji Ahad, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 


 August 20th, 2017  |  09:51 AM  |   2261 views

KUALA LUMPUR

 

 

 

Stadium Negara Bukit Jalil bermandikan cahaya penuh warna-warni sebagai simbolik persahabatan yang harmoni bagi negara anggota ASEAN pada Upacara Pembukaan Rasmi Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-29 yang penuh gilang-gemilang.

 

Berkenan berangkat menyaksikan upacara perasmian kejohanan sukan berprestij Asia Tenggara yang bertema 'Bangkit Bersama' ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

 

Turut berangkat menyertai perbarisan lalu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni  Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

 

Kira-kira 87,411 penonton yang hadir dihiburkan dengan persembahan-persembahan muzik pencaragam, diikuti dengan barisan lalu daripada Kontinjen Malaysia seramai 320 orang yang membawa Bendera Malaysia mewakili keramaian penduduk Malaysia iaitu 32 juta orang, disusuli dengan 10 bendera negara yang menyertai temasya Sukan SEA  dan Bendera Rasmi Persekutuan Sukan ASEAN.

 

Lebih 4 ribu atlet yang mewakili kontinjen negara masing-masing masuk dengan megah yang didahului oleh Kontinjen Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste, Viet Nam dan negara tuan rumah, Malaysia.

 

Bendera Negara Brunei Darussalam diarak megah oleh atlet Wushu, Awang Mohammad Adi Sya'rani bin Roslan mendahului Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA, Pengiran Anak Mohd Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim. Negara Brunei Darussalam diwakili 105 atlet yang menyertai 14 acara sukan.

 

Perasmian kejohanan kali ke-29 disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan diikuti dengan pembacaan ikrar dari atlet Lompat Tinggi Malaysia, Nauraj Singh.

 

Kemudian obor dibawa masuk oleh bekas pemain boling Malaysia, Kenny Ang yang beraksi pada Sukan Komanwel pada tahun 1998 dan diserahkan kepada beberapa atlet sebelum menyerahkan kepada atlet renang Malaysia, Nur Dhabitah Sabri yang kemudiannya terbang menggunakan tali untuk menyalakan obor Sukan SEA sebagai simbolik bermulanya perasmian.

 

Ini merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan terbesar yang melibatkan negara Asia Tenggara dan pernah menjadi juara pada tahun 2001.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59