Home > Bahasa Melayu
MoU penerbitan buku tulisan Mufti Kerajaan dimeterai
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
August 31st, 2017 | 10:02 AM | 676 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Buku-buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) khususnya nukilan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, seorang tokoh ilmuwan tempatan akan diperkenalkan dan dibekalkan ke sekolah-sekolah menengah kerajaan dari semasa ke semasa.
Penerbitan buku-buku tulisan Yang Berhormat Mufti Kerajaan tersebut adalah untuk dijadikan sebagai buku-buku bacaan ‘Inspirasiku’ bagi bahan bacaan para pelajar.
Sehubungan itu, satu Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dengan JMK bagi Penerbitan Buku-buku Tulisan Yang Berhormat Mufti Kerajaan. Majlis berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri.
Tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.
Juga hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.
Menandatangani bagi pihak Kementerian Pendidikan ialah Pengarah Perkembangan Kurikulum, Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi, manakala menandatangani bagi pihak JMK ialah Pemangku Pengarah Pentadbiran, Awang Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman.
Manakala saksi bagi pihak Kementerian Pendidikan ialah Penolong Pengarah Perkembangan Kurikulum, Awang Haji Zulkifli bin Haji Md. Yusuf dan saksi bagi pihak JMK ialah Ketua Qismulhikmah, Awang Haji Mohidin bin Haji Mustapha.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]