FacebookInstagramTwitterContact

 

Results of Closed Tender for Vehicle Registration Number           >>           Earn Income through Content Creation           >>           Hari Raya Must-Haves and Favourite Food           >>           Decorative Lights add Cheer to Hari Raya Celebration           >>           Disposal Service for Books & Papers containing Quranic Verse           >>           Business resume operations           >>           Back to Work after Hari Raya Holiday           >>           Handover of Brunei Green Economy Framework Report           >>           Tahlil Ceremony           >>           The Sweet-Smelling Honeysuckle Has A Variety Of Medicinal Benefits           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sukan SEA Ke-29 berakhir, Malaysia juara keseluruhan


Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Azmah Haji Ahad, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

 


 August 31st, 2017  |  10:05 AM  |   689 views

KUALA LUMPUR

 

 

 

Obor Sukan SEA Ke-29, Kuala Lumpur 2017 yang menyala selama 12 hari di Stadium Bukit Jalil dipadamkan sejurus pengisytiharan penutupan rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato Laila Utama Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

 

Paduka-paduka adinda dan anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah berangkat menyertai kontinjen Negara Brunei Darussalam dalam perbarisan lalu.

 

Sukan SEA Ke-29 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kejayaan kontinjen tuan rumah Malaysia juara keseluruhan berjaya mengutip 145 pingat emas, 92 pingat perak dan 86 gangsa dengan 323 jumlah pungutan pingat pada temasya sukan berprestij Asia Tenggara edisi kali ini.

 

Manakala itu, kontinjen Thailand memperoleh 72 pingat emas, 86 perak dan 88 gangsa dengan keseluruhan 246 pingat menduduki tempat kedua, diikuti dengan Viet Nam di tempat ketiga membawa pulang 58 emas, 50 perak dan 50 gangsa, 168 keseluruhan pingat.

 

Kontinjen Negara Brunei Darussalam turut mempamerkan peningkatan prestasi dengan mengumpul 14 pingat keseluruhan dengan lima pingat perak dan sembilan pingat gangsa yang disumbangkan melalui sukan polo, sepak takraw, pencak silat, wushu, boling padang, karate dan bola jaring cukup membanggakan jika dibandingkan dengan pencapaian pada Sukan SEA Ke-28 lalu di Singapura dengan hanya tujuh pingat keseluruhan.

 

Penutupan temasya sukan dwitahunan itu berlangsung gilang gemilang dan penuh warna warni yang memfokuskan tema 'Bangkit Bersama' sebagai simbolik kemeriahan selepas mencipta kemenangan, di samping mewujudkan persefahaman dan persahabatan kepada semua melalui persaingan sukan.

 

Upacara bermula dengan kira-kira 87,411 penonton dihiburkan dengan persembahan muzik dan diikuti dengan perbarisan masuk kontinjen-kontinjen, sukarelawan-sukarelawan dan kemudiannya diserikan lagi dengan persembahan nyanyian oleh artis terkenal Malaysia yang bertemakan 'Bangkit Bersama'.

 

Kemudian diteruskan dengan penyerahan bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara kepada Republik Filipina selaku negara penganjur Sukan SEA Ke-30 pada tahun 2019 nanti sambil menyaksikan obor Sukan SEA Ke-29 dipadamkan simbol berakhirnya temasya sukan tersebut.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Chinese Internet Amused By Building That Looks Like Sanitary Pad

 2024-04-16 23:58:01

Scottish Power Pays £300 To Customers After Overcharging

 2024-04-17 00:46:50