FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena Konvokesyen UBD


MENTERI Pendidikan menyerahkan bunga telur kepada para bakal graduan semasa Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam (UBD) Ke-29. Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Ihsan Universiti Brunei Darussalam

 


 September 1st, 2017  |  10:11 AM  |   1803 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bersempena dengan Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam (UBD) Ke-29 pada 7 September ini, UBD telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran  khusus bagi para bakal graduan  di Masjid universiti berkenaan. 

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Naib Canselor UBD, Datin Dr. Dayang Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan diikuti dengan bacaan Surah Adh-Dhuhaa hingga Surah Al-Masad beramai-ramai.

 

Disusuli dengan bacaan Tahtim dan Doa Khatam Al-Quran dan diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para pembimbing dan peserta khatam.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh  Imam Masjid Universiti.

 

Bagi persediaan awal menjelang Majlis Konvokesyen, bacaan 30 Juz Al-Quran bagi Majlis Khatam Al-Quran tahun ini telah berlangsung sejak pertengahan bulan Mei yang lalu.

 

Majlis merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk merayakan para graduan UBD yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka, di samping melaksanakan fardu ain bagi mahasiswa dan mahasiswi yang beragama Islam.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54