FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating For Your Eyes: Carrots Deliver Nutrients That Preserve Vision           >>           Diabetic? Eat More Eggs           >>           Protect Your Kids From Pollution-Related Asthma With Vitamin D           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan berangkat ke Upacara Sovereign's Parade Pegawai Kadet Pengambilan Ke-16


Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 September 1st, 2017  |  10:13 AM  |   1807 views

TANAH JAMBU

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Upacara Sovereign’s Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Ke-16 di Padang Kawad Akademi Pertahanan (AP) ABDB di Kampung Tanah Jambu, hari ini.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Dato Paduka Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

 

Sejurus keberangkatan, baginda berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Pasukan Perbarisan di bawah perintah Pegawai Perbarisan, 928 Leftenan Madya Muhd. Adib Izzuddin bin Haji Ramli, TLDB yang kemudiannya disusuli dengan perbarisan berjalan lalu.

 

Pada upacara tersebut, Kebawah DYMM berkenaan mengurniakan titah dan anugerah-anugerah bagi Pegawai Kadet Terbaik di setiap jurusan bagi Pengambilan Ke-16 Sekolah Pegawai Kadet AP ABDB.

 

Mendahului pengurniaan anugerah ialah Anugerah Pedang Kehormatan kepada 51829 Pegawai Kadet Daniel bin Tanggiling, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam Pengajian Alam Sekitar dari Universiti Brunei Darussalam (UBD).

 

Anugerah Pedang Kehormatan merupakan anugerah penghormatan tertinggi kepada Pegawai Kadet yang dikurniakan oleh Kebawah DYMM dan merupakan kecemerlangan terbaik secara keseluruhan bagi Pegawai Kadet yang mempunyai pencapaian tertinggi di dalam asas ketenteraan, akademik dan fizikal dalam semua aspek.

 

Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Anugerah Terbaik Akademik kepada 51836 Pegawai Kadet Fadhil bin Kolonel (B) Dato Paduka Haji Joharie berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi dan Media Baru dari UBD.

 

Anugerah Terbaik Kemahiran Tentera dikurniakan kepada 51841 Pegawai Kadet Muhamad Zulfadli Hayat bin Shamsul Hayat berkelulusan Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam Pengurusan Hospitaliti di Kolej Perniagaan Laksamana.

 

Manakala penerima Anugerah Terbaik Ketahanan Latihan Jasmani ialah 51826 Pegawai Kadet Abdul Hakim bin Haji Shahrum, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Teknologi Maklumat di Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS).

 

Seramai 32 Pegawai Kadet terdiri daripada 17 lelaki dan 15 wanita telah ditauliahkan dengan 22 Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera Darat Diraja Brunei dan 10 Pegawai Kadet ditauliahkan sebagai Pegawai TLDB.

 

Upacara diteruskan dengan tiga kali laungan ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ daripada Pasukan Perbarisan diikuti dengan bacaan doa oleh Ketua Jabatan Agama ABDB (JA’MAAT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB.

 

Baginda seterusnya berangkat bagi Majlis Junjung Ziarah bersama pegawai-pegawai yang baru ditauliahkan berserta ahli-ahli keluarga mereka.

 

Baginda kemudian berkenan memerima pesambah bertemakan ‘Nur Al-Haq’ yang membawa maksud ‘Cahaya Pertahanan’.

 

Kebawah DYMM juga berkenan menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan dan Buku Perjalanan Pegawai Kadet yang baru ditauliahkan serta berkenan menerima junjung ziarah daripada jurulatih-jurulatih dan para pegawai Sekolah Pegawai Kadet termasuk beberapa pegawai tentera dari negara-negara sahabat sebelum dijunjung bagi sesi bergambar ramai.

 

Upacara Sovereign’s Parade adalah kemuncak latihan ketenteraan intensif yang berprestij bagi Sekolah Pegawai Kadet ABDB bagi melengkapkan pegawai yang baru ditauliahkan dengan ilmu pengetahuan, kepercayaan, disiplin, profesinalisme dan kemahiran kepimpinan.

 

Kursus Pegawai Kadet Pengambilan Ke-16 selama 52 minggu ini telah bermula pada 9 September 2016 yang melibatkan pelbagai latihan dan aktiviti ketenteraan khusus untuk meningkatkan kualiti kepimpinan, perwatakan dan intelek sepertimana yang dikehendaki bagi setiap Pegawai ABDB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16