FacebookInstagramTwitterContact

 

Eating An Avocado Every Day Dramatically Reduces Your Risk Of Metabolic Syndrome           >>           The Mighty BLUEBERRY, A Superfruit With Anticancer Properties           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Rocket Lab Launches New NASA Solar Sail Tech To Orbit (Video, Photos)           >>           Ray-Ban Meta smart glasses do the AI thing without a projector or subscription           >>           Senate passes bill that could ban TikTok           >>           Tom Brady Reveals Jude Bellingham Chat After Real Madrid Move           >>           Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits           >>           Inter Miami Signs Paraguay Midfielder Matías Rojas           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Semangat rela berkorban memperkasa daya tahan


Oleh : Dk Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 September 1st, 2017  |  10:14 AM  |   587 views

TANAH JAMBU

 

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertitah, memperkenankan satu perubahan dasar baru bagi pengendalian latihan dan pengambilanPegawai-Pegawai Kadet, dari dua sesi pengendalian kepada satu sesi pengendalian pada setiap tahun.

 

Perubahan dasar baru tersebut titah baginda, akan lebih memberi fokus dalam usaha kita untuk meningkatkan lagi keberkesanan latihan.

 

''Demikian juga, objektif dasar baru ini adalah dihasratkan untuk menambahkan lagi mutu latihan dan pendidikan, seperti yang dirancang.

 

Apapun rancangan atau langkah yang diambil, semuanya bertujuan untuk meningkatkan kualiti, khasnya bagi piawaian latihan dan modul-modul pelajaran.

 

Ini turut menyangkut penerokaan peluang-peluang kerjasama dengan institusi-institusi latihan, sama ada di dalam mahupun di luar negara,'' titah baginda pada Upacara Sovereign's Parade Pengambilan Keenam Belas Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan (AP) ABDB di Padang Kawad, AP ABDB, Tanah Jambu, di sini.

 

Titah baginda, dalam makna, semua ini boleh saja dilakukan, baik secara dalaman mahupun penglibatan pusat-pusat latihan negara-negara lain, sebagai usaha menambah nilai yang diperlukan.

 

Terdahulu, Kebawah DYMM juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat, khasnya kepada 32 orang Pegawai Kadet yang telah berjaya mengharungi latihan intensif selama 52 minggu.

 

Baginda yakin bahawa mereka ini telah berjaya menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

 

Kejayaan itu pula, titah baginda, sudah tentu turut bersebab dari adanya sokongan padu para ibu bapa.

 

Kebawah DYMM seterusnya bertitah, Upacara Sovereign's Parade pada kali ini adalah lebih bermakna, kerana ianya berlangsung dalam suasana menjelang Hari Raya 'Idil Adha, yang dikenali juga sebagai Hari Raya Korban. Ini, titah baginda, memperkukuh lagi konsep dan objektif Sekolah Pegawai Kadet untuk melahirkan pegawai-pegawai yang benar-benar memahami dan mendalami erti pengorbanan.

 

Pengorbanan yang dimaksudkan, titah baginda, tidak lain ialah untuk ugama, bangsa dan negara tercinta.

 

''Beta sukacita mengingatkan, bahawa semua pengorbanan tidak ada titik akhirnya. Ia berlaku selama hayat dikandung badan.

 

Semangat rela berkorban, sama sekali tidak boleh padam. Kerana jika padam, maka lemahlah 'daya tahan' bangsa.

 

Bayangkan, kalau 'daya tahan' ini lemah, maka apakah yang dapat dibuat lagi untuk memperkasa bangsa dan negara?,'' titah Kebawah DYMM. Kerana itu, titah baginda, sebagai langkah ke arah memperkasa 'daya tahan' tersebut, maka pembangunan strategik yang lebih teratur perlulah ditangani, serta juga latihan-latihan Pegawai Kadet hendaklah dipertingkatkan lagi.

 

Sebelum mengakhiri titah, baginda melahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga AP ABDB, khasnya, Komandan AP, Pegawai Pemerintah Sekolah Pegawai Kadet, Pegawai-Pegawai dan 'Colour Sergeants' serta semua jurulatih yang telah gigih dalam melatih dan mendidik Pegawai-Pegawai Kadet sehingga ke peringkat ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Spotify Turns Up Volume To Make Record Profits

 2024-04-24 09:57:39