FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Laungan Takbir semarakkan malam raya Aidiladha


Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

 


 September 2nd, 2017  |  10:22 AM  |   1139 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 Seluruh masjid, surau dan balai ibadat di negara ini melaungkan takbir raya Aidiladha sejurus sempurnanya menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib dalam menyemarakkan sambutan yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban sebelum Sembahyang Sunat Aidiladha didirikan pada hari berikutnya.

 

Sehubungan itu, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong menjadi tumpuan bagi Majlis Takbir sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha bagi Tahun 1438 Hijrah.

 

Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

 

Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof; Timbalan SUT KHEU, Awang Haji Harun bin Haji Junid; Timbalan SUT KHEU (Bahagian Pentadbiran dan Kewangan) Awang Roslan bin Haji Taja'ah serta para pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

 

Terdahulu, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama diikuti dengan tazkirah bertajuk 'Kelebihan Takbir' yang disampaikan oleh Pegawai Ugama Kanan di Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Abdussalam bin Haji Abd. Rahman.

 

Kelebihan mereka yang bertakbir katanya akan diberikan ganjaran kebaikan dan dihapuskan kejahatan.  Beliau juga menerangkan antara hadis yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani Radiallahuanhu yang bermaksud : Barangsiapa menghayati malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha dengan amal ibadah, sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.

 

Gema takbir dilaungkan dari gabungan Kementerian Pertahanan, Mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB); Jabatan Pengajian Islam (JPI); Penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB); Murid-murid Sekolah Ugama Brunei III; Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dan Kumpulan Belia-Belia Masjid Daerah Brunei Muara.Sementara itu, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Masjid, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

 

Turut memeriahkan lagi Majlis Takbir tersebut ialah anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Penjara; Persatuan-persatuan NGO;  KUPU SB;  Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); ITQSHHB dan belia-belia masjid serta penduduk sekitarnya.

 

Majlis Takbir sempena Hari Raya Aidiladha diadakan bagi menghidupkan malam Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijjah 1438 Hijrah, di samping menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar melahirkan belia yang bertakwa serta memberikan kesedaran kepada belia dalam menghayati makna kandungan takbir hari raya.

 

Dengan adanya majlis ini juga, diharap dapat memupuk semangat belia dalam hidup berkumpulan dan mengeratkan silaturahim dengan mendekatkan diri serta mencintai masjid dalam menjadikan belia harapan agama bangsa juga negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53