FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Allah mengurniakan ganjaran kepada orang yang sabar


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah sem Oleh : Khartini Hamir / Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 September 2nd, 2017  |  10:25 AM  |   1125 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, jika seseorang konsisten melakukan ketaatan, bermakna orang itu adalah seorang yang sabar, kerana ketaatan tidak mungkin berlaku tanpa adanya kesabaran.

 

Sebagai misalan titah baginda, orang yang berpuasa adalah orang sabar, kerana tanpa sabar, ibadat puasa tidak mungkin dapat dilakukan.

 

Sebab itulah jelas baginda, Allah Subahanahu Wata'ala sangat menyukai orang-orang yang sabar, sebagaimana maksud ayat dalam Al-Quran, dan malah Allah akan mengurniakan mereka dengan ganjaran yang tidak terbatas.

 

''Demikian maksudnya sifat sabar itu. Dengan sabar kita dapat memelihara dan menyempurnakan ibadat, dan dengan sabar juga kita mampu untuk meraih kejayaan dalam apa jua bidang pekerjaan. Inilah berkat sabar bagi orang-orang Islam,'' titah baginda lagi.

 

Bertitah sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1438 Hijrah / 2017 Masihi di Istana Nurul Iman, di sini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah, kalau Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail diuji dengan nyawa, mengapakah kita yang cuma diuji dengan ibadat dan melaksanakan hukum-hakam dalam kehidupan ini, tidak sanggup kita tunaikan?

 

''Sepatutnya senario ini membawa keinsafan kepada kita, bahawa setiap ujian itu ada hikmahnya. Kerana Allah tidak menguji kosong, tetapi mahu melihat siapakah di antara hamba yang diuji itu yang mampu bersabar dengan ujian?'' tambah titah baginda.

 

Baginda dalam titahnya juga menyeru agar kita sama-sama berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala menjadikan kita orang-orang yang sentiasa berhias dengan sifat sabar, khasnya bagi para jemaah kita yang sedang menyempurnakan ibadat haji di Tanah Suci.

 

Titah baginda, sebagaimana kita sama-sama maklum, pada ketika inilah banyak kesukaran atau ujian yang dialami oleh para jemaah dari seluruh dunia. Semoga dengan berkat kesabaran itu titah baginda, para jemaah kita insyaaAllah akan beroleh haji yang mabrur.

 

Pada mengakhiri titah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta keluarga baginda dengan sukacitanya mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk yang berugama Islam di mana juga mereka berada.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10