FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Seorang lelaki Filipina terima hidayah Islam


MAJLIS pengislaman Jovito Tacuding Ariola, yang kini dikenali sebagai Abdul Nasir bin Abdullah dilangsungkan di hadapan pegawai-pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah. Berita dan Foto : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 


 September 3rd, 2017  |  09:53 AM  |   864 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

 

Seorang lelaki Filipina memilih Islam sebagai pegangan hidupnya yang baharu setelah melafazkan ikrar dua kalimah syahadahnya malam ini.

 

Majlis Pengislaman bagi Jovito Tacuding Ariola, 26, diadakan di kediaman Leftenan Kolonel (B) Pengiran Haji Rambli bin Pengiran Haji Bunut selaku tuan rumah di Kampung Madang.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Penghulu Mukim Berakas, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maun.

 

Jovito Tacuding Ariola, bertugas sebagai pemandu kepada tuan rumah berkenaan melafazkan ikrar masuk Islamnya di hadapan pegawai-pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah (PDI) dan kini beliau dikenali dengan nama Islamnya sebagai Awang Abdul Nasir bin Abdullah.

 

Majlis diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara baharu yang diraikan dan penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

 

Awang Abdul Nasir ketika ditemui Pelita Brunei berasa terharu dan bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana Majlis Pengislamannya berjalan dengan lancar dan sempurna.

 

"Keinginan dan niat untuk menganuti agama Islam ini sebenarnya sudah lama saya pendamkan dan baru kini ia tercapai, saya berhasrat untuk terus mendalami ugama Islam ini dengan mempelajari pelbagai bidang-bidang agama termasuk sembahyang dan sebagainya," jelasnya yang sudah setahun menetap dan bekerja di negara ini.

 

Kesempurnaan ajaran Islam yang diredai oleh Allah Subhanahu Wata'ala banyak menarik minat penganut agama lain untuk memeluk serta menganuti agama suci ini sebagai pegangan hidup mereka.

 

Ini terbukti dengan catatan keramaian saudara baharu yang memeluk agama Islam di seluruh negara dari bulan Januari 2017 hingga bulan Julai 2017 berjumlah 247 orang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19