Home > Bahasa Melayu
93 penerima daging korban sunat di Daerah Temburong
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa hadir selaku tetamu kehormat majlis pada Majlis Pengagihan Daging-daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat baginda di Daerah Temburong. Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
September 3rd, 2017 | 09:55 AM | 653 views
TEMBURONG
Majlis Pengagihan Daging-daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat baginda diadakan serentak di kempat-empat daerah.
Bagi Daerah Temburong, acara pangagihan daging korban tersebut berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan pengagihan tersebut ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat.
Acara diserikan dengan bacaan Takbir Hari Raya Aidilfitri beramai-ramai yang diketuai oleh Awang Elde bin Haji Suhaile dan seterusnya pengagihan daging-daging korban kepada orang yang berhak menerimanya.
Pada tahun ini, seramai 93 orang menerima Agihan Daging Korban Sunat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat baginda bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.
Juga hadir ialah Pegawai Daerah Temburong, Awang Md. Amir Hairil bin Awang Haji Mahmud; Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Haji Jamil bin Haji Abd. Ghani; Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu; serta penghulu-penghulu mukim, ketua-ketua kampung, Ahli Jawatankuasa Kerja dan para penerima agihan daging korban.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]