FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kampus luar negara UBD di Da Nang Viet Nam


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia, Canselor UBD semasa berkenan mengurniakan titah di Majlis Konvokesyen Ke-29 UBD Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit; Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman; Hernie Suliana Haji Othman; Dk. Nur Hafilah Pg. Osman; Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 September 8th, 2017  |  10:28 AM  |   1471 views

TUNGKU LINK

 

 

 

 

Penubuhan kampus Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang pertama UBD-FPT Global Centre Da Nang Viet Nam adalah kampus luar Negara yang pertama yang ditubuhkan oleh Universiti dari negara ASEAN.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor UBD bertitah melahirkan rasa gembira dengan usaha universiti berkenaan dalam mengambil dan melatih 13 orang graduan tempatan sebagai pengajar untuk berkhidmat di UBD-FPT Global Centre.

 

''Satu peringatan daripada beta, UBD melangkah keluar adalah merupakan satu pencapaian di arena antarabangsa. Ini adalah petanda baik untuk masa depan, khasnya dari sudut kemajuan dan peningkatan.

 

Namun semakin jauh UBD mengembangkan sayapnya, soal prinsip sama sekali janganlah diabaikan. UBD mesti tetap UBD, jangan ia dibiarkan bertukar wajah dan isinya,'' titah baginda di Majlis Konvokesyen Ke-29 yang berlangsung di Dewan Cancelor UBD di sini.

 

Dalam usaha mengangkat nama UBD titah baginda, salah satu faktor teras yang perlu dilaluinya ialah meneroka penyelidikan iaitu satu-satunya faktor untuk membezakan universiti dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain.

 

''Beta mengambil maklum tentang usaha UBD dalam mengkaji dan mengenal pasti bidang-bidang penyelidikan di tahap antarabangsa atau 'peaks of research excellence'. Selain daripada bidang-bidang penyelidikan yang sedia ada iaitu 'Biodiversity', 'Energy Studies' dan 'Asian Studies', UBD juga perlu turut memberikan tumpuan kepada bidang 'Islamic Governance' dan 'Data Science and Analytics'.

 

“Beta telahpun memperkenankan penubuhan dua pusat di UBD. Yang pertama ialah penubuhan 'Institute of Applied Data Analytics', yang sebelum ini dikenali sebagai UBD / IBM Centre yang beta difahamkan akan memfokus kepada 'big data' dan 'data analytics','' titah baginda.

 

Pusat kedua titah baginda ialah penubuhan FPT-UBD Innovation Lab, hasil dari kolaborasi bersama dengan FPT Universiti di Viet Nam dan ianya akan memfokus kepada latihan dan penyelidikan dalam bidang-bidang berkaitan dengan informasi seperti 'Data Analytics', 'Internet of Things', 'Cloud Computing' dan 'Cybersecurity'.

 

''Adalah sangat perlu untuk aktiviti penyelidikan dapat menyumbang kepada peningkatan ilmu pengetahuan serta menjana pertumbuhan ekonomi negara.

 

Baginda juga ingin melihat lebih banyak lagi hasil penyelidikan dapat dimanfaatkan untuk aktiviti komersial serta sekali gus mempromosi peluang pekerjaan.

 

Baginda berharap agar penyelidikan dan inovasi terus ditingkatkan, terutama sekali yang melibatkan kolaborasi atau kerjasama rapat di antara universiti dan agensi-agensi yang relevan seperti industri-industri.

 

Terdahulu, baginda turut juga menyentuh mengenai piawaian institusi pengajian tinggi, faktor-faktor teras bagi meningkatkan kualiti, antaranya ialah pendidikan, penyelidikan dan pengantarabangsaan.

 

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19