Home > Bahasa Melayu
Majlis Makan Malam Persidangan Majlis Alumni Jepun ASEAN
SETIAUSAHA Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Datin Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh (tengah) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Makan Malam yang diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun. Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman
September 9th, 2017 | 09:55 AM | 896 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bagi menyambut ketibaan para peserta Persidangan Majlis Alumni Jepun ASEAN (ASCOJA) Ke-23, satu Majlis Makan Malam telah diadakan di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini.
Persatuan Alumni Jepun - Brunei (BAJA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam akan menjadi tuan rumah bagi persidangan tersebut yang diadakan selari dengan Simposium The Asia Japan Alumni International (ASJA) - ASCOJA dari 8 hingga 10 September 2017.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Datin Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh.
Lebih kurang 200 peserta terdiri dari alumni negara anggota ASEAN dan Jepun menyertai persidangan yang bertemakan ‘Enriching ASEAN - Japan Relations Through Culture, Education and Economy’ dan ‘ASEAN - Japan Trade Opportunities - Tapping Into The Halal Market’ yang akan menjadi tajuk utama Simposium ASJA - ASCOJA.
Terdahulu, Presiden BAJA selaku Pengerusi ASCOJA, Dr. Chin Wei Keh dalam ucapan alu-aluan, beliau berharap para peserta akan dapat memaksimakan pengalaman semasa berada di negara ini, termasuk menyertai acara walkaton pada hari Ahad 10 September nanti sempena Memperingati Ulang Tahun Ke-40 ASCOJA yang akan diadakan semasa Bandarku Ceria.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]