Home > Bahasa Melayu
Sumbangan 'smartboards' bagi sekolah awam di Lubnan
KONTINJEN Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bertugas membuat Misi Pengaman United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL)KONTINJEN ABDB menyampaikan sumbangan berupa ‘interactive smartboard’ dan beg sekolah kepada Sekolah Awam Yatar dari Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan
September 9th, 2017 | 09:58 AM | 679 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang bertugas membuat misi pengaman United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) menyampaikan sumbangan dari Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam berupa lima buah 'interactive smartboard' bagi Sekolah Awam Yatar di bawah Program ‘Civilian Military Cooperation’ (CIMIC).
Selain daripada sumbangan 'smartboard', pemberian sebanyak 104 beg sekolah juga disampaikan kepada murid-murid sekolah yang akan memulakan persekolahan dan diharap para pelajar akan mendapat manfaat dari sumbangan tersebut.
Mayor Yatar Municipality, Khalil Kourani menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas sumbangan kemanusiaan yang melebihi mandat misi.
Dalam program CIMIC ini, kontinjen ABDB berpeluang untuk menyumbang juga bekerjasama dengan masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti sosio-budaya.
Upacara projek sumbangan tersebut dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, diikuti Doa Selamat dan ucapan balas daripada Ketua Kontinjen ABDB, Mejar Mohammad Azhan bin Haji Ahmad yang menekankan komitmen berterusan ABDB terhadap misi UNIFIL, mengikut mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil merapatkan dan meningkatkan hubungan di antara rakyat dengan kedua-dua negara.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Komander MALBATT 850-4, Kolonel Reizal Arif bin Tan Sri Ismail, yang turut menyokong projek tersebut.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]