FacebookInstagramTwitterContact

 

Spacex Launches Starlink Satellites On Company's 40th Mission Of 2024 (Video)           >>           Blizzard takes aim at Overwatch 2 console cheaters           >>           Cities: Skylines 2's embarrassed developers are giving away beachfront property for free           >>           Apple says it was ordered to remove WhatsApp and Threads from China App Store           >>           Oil Price Eases As Iran Downplays Attack           >>           After Their PM Halts Ukraine Aid, Slovaks Dig Deep To Help           >>           US Congress Close To Passing Long-Awaited Ukraine Aid           >>           Francis Ogolla: Kenya Investigates Crash That Killed Military Chief           >>           In Pictures: India Votes In World's Biggest Election           >>           Blunt Olyroos Suffer Calamitous Loss In Olympic Games Qualifier           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teroka penggunaan Bahasa Inggeris Profesional


Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

 


 September 9th, 2017  |  09:59 AM  |   661 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

 

Persidangan Antarabangsa mengenai Komunikasi Profesional bagi Perniagaan, Kejuruteraan dan Teknologi (PCBET) yang dianjurkan bersama Globalisasi dan Lokalisasi dalam Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (GLoCALL) bertujuan untuk membantu para pendidik, pengajar juga pakar industri untuk mengikuti perkembangan trend semasa dan inovasi dalam pengajaran serta pembelajaran Komunikasi Bahasa Inggeris Profesional bagi bidang-bidang berkenaan.

 

Persidangan selama dua hari yang bertemakan 'Ke arah Persekitaran Pembelajaran Komunikatif' itu dianjurkan oleh Universiti Teknologi Brunei (UTB) melalui Pusat bagi Komunikasi, Pengajaran dan Pembelajaran.

 

Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dalam ucapannya pada Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Antarabangsa Bersama PCBET - GLoCALL di Lecture Theater 2, UTB berkata, telah menjadi tanggungjawab utama pendidik untuk memastikan para pelajar dapat memahami kerumitan pengetahuan dan mengekspresikan pemikiran kritikal mereka dengan pemahaman yang lebih baik, jelas serta tanggungjawab beretika.

 

"Aktiviti-aktiviti mengumpulkan maklumat dan pengetahuan telah menjadi lebih mencabar dan lebih kompleks. Sebagai pendidik, kita mestilah bersedia untuk mengkaji semula pedadogi kita pada masa ini. Kita perlu menekankan prinsip dan amalan yang berharga, berkesan dan dihargai," jelasnya.

 

Majlis pembukaan rasmi tersebut dihadiri oleh para delegasi antarabangsa juga tenaga pengajar dari institusi-institusi pengajian dan tertiari tinggi serta sekolah-sekolah di negara ini.

 

Persidangan dimulakan dengan ucaptama oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Sri Sentosa Sendirian Berhad, Sheikh Jamaluddin Mohamed bertajuk 'Komunikasi Tanpa Sempadan' yang antara lain menekankan bahawa komunikasi yang berkesan adalah diperlukan untuk berjaya sama ada sebagai negara atau individu.

 

Pada sebelah petang, ucaptama bertajuk 'Strategi-Strategi untuk Meningkatkan Penglibatan Pelajar Atas Talian' disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas English Central, Alan Schwartz.

 

Sebanyak 52 kertas kerja dan lima ucapatama oleh para penceramah tempatan dan antarabangsa akan dibentangkan sepanjang persidangan berkenaan diadakan, antaranya memfokuskan mengenai Komunikasi Profesional : Pengajaran dan Pembelajaran, Komunikasi bagi tempat kerja dan Pembangunan Kurikulum.

 

Persidangan bertujuan untuk meneroka penggunaan Komunikasi Bahasa Inggeris Profesional dalam Perniagaan, Kejuruteraan dan Teknologi dalam konteks yang berbeza.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-19 23:37:17