FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pembinaan Masjid Kampung Tanjung Bunut menelan belanja BND3.56 juta


Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Hamzah Mohidin

 


 September 9th, 2017  |  09:59 AM  |   1186 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kebajikan rakyat dan penduduk yang berugama Islam di negara ini sentiasa diambil peduli terutama sekali dalam perkara berhubung tempat beribadah seperti pembinaan masjid di samping hal ehwal yang berkaitan demi kesejahteraan masjid dan para jemaahnya.

 

Sehubungan itu, Urusetia Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam menyelenggarakan projek sulung mereka untuk membina sebuah masjid baharu di Kampung Tanjung Bunut di atas keluasan sebidang tanah wakaf dengan kos perbelanjaan sebanyak BND3.56 juta.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

 

Juga hadir, Ahli-Ahli MUIB dan Majlis Mesyuarat Negara, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) serta keluarga pewakaf dan penduduk sekitar kampung itu.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pemangku Pegawai Ugama Kanan Jame’ ’Asr Hassanil Bolkiah, Awang Haji Haris bin Haji Suboh yang juga membacakan Doa Selamat.

 

Manakala Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Murat melaungkan azan diteruskan dengan  zikir mendirikan tiang masjid baharu.

 

Semasa zikir dilafazkan, Yang Berhormat seterusnya mendahului upacara menuang simen diikuti oleh jemputan-jemputan khas yang hadir pada majlis tersebut.

 

Yang Berhormat serta para jemputan  juga berkesempatan mendengarkan taklimat ringkas mengenai reka bentuk bangunan masjid tersebut yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Bangunan dan Pemeliharaan di KHEU, Awang Abu Bakar bin Haji Awang Mohd Salleh.

 

Projek yang dijangka siap pembinaannya pada Jun tahun depan itu dapat menampung lebih kurang 1,260 jemaah.

 

Pembinaan bangunan masjid itu juga disediakan beberapa kemudahan seperti Dewan Sembahyang Utama (Lelaki), Ruang Sembahyang Perempuan, Bilik Imam / Bilal, Bilik Kuliah, Bilik Mesyuarat, Bilik Serbaguna, Bilik Pentadbiran, Bilik Tetamu, Bilik P.A System.

 

Masjid terbaharu ini turut dilengkapi dengan CCTV, tempat letak kereta, tandas dan tempat berwuduk berasingan bagi jemaah lelaki dan perempuan, Bilik Pengurusan Jenazah, Bilik Stor dan Kelengkapan, Bilik Dapur serta Bilik Mekanikal dan Elektrikal.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19