FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pertandingan Anugerah CIPTA DPMM 2017 Dirasmikan


YANG Berhormat Menteri Pendidikan semasa melancarkan Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2017. | FOTO: PELITA BRUNEI (Masri Osman)

 


 May 1st, 2016  |  09:42 AM  |   3066 views

TUNGKU

 

Sabtu, 30 April. - Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota yang memasuki Kali ke-7 ianya diadakan dihasrat untuk menggalakkan para belia dan orang ramai untuk membina, memproses produk-produk atau teknologi kreatif bagi aspirasi negara dan ASEAN.

 

Selain itu ia juga bagi menggalakkan penciptaan dan inovasi daripada para peserta, mengiktiraf bakat-bakat kreatif dalam negara dan peringkat ASEAN serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

 

Pada masa yang sama, Pertandingan Anugerah CIPTA menyediakan satu platform atau pelantar untuk para pencipta yang berminat dan mempunyai daya kreativiti tinggi bagi menghasilkan produk inovasi yang berkualiti serta berfaedah untuk kesejahteraan manusia sejagat.

 

Sehubungan itu, Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) 2017 telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman berlangsung di Universiti Teknologi Brunei, di sini.

 

300416 MASRI1 CIPTA

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (depan, tiga dari kanan) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2017.

 

Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman semasa berucap terdahulu berkata, Universiti Teknologi Brunei sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi di negara ini mempunyai tumpuan strategik dalam melibatkan diri bersama masyarakat.

 

Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah percaya Pertandingan Anugerah CIPTA ini dengan sendirinya dapat membantu agenda negara dalam pembelajaran Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (Science, Technology, Engineering and Mathematics - STEM) untuk mencapai sasaran nisbah penerima ijazah sains dan sastera kepada 60:40.

 

Sebanyak tiga kategori bagi penyertaan dalam negara dibukakan iaitu Kategori 1 : Mewujudkan Produk Baru, Proses atau Teknologi, Kategori 2 : Mengubah Suai Produk Sedia Ada, Proses atau Teknologi dan Kategori 3 : Mencipta Baru/Mengubahsuai Produk, Proses atau Teknologi Sedia Ada oleh Pencipta Muda.

 

Johan bagi Kategori 1 dan 2 akan membawa pulang hadiah wang tunai BND6,000 berserta trofi dan sijil penyertaan diikuti dengan tempat kedua yang akan menerima hadiah BND4,000, trofi dan sijil manakala tempat ketiga akan menerima wang tunai BND2,000 berserta trofi dan sijil dan dua hadiah sagu hati pula akan menerima BND500 berserta sijil.

 

Sementara Johan bagi Kategori 3 akan menerima wang tunai BND3,000, tempat kedua BND2,000 dan tempat ketiga BND1,000 masing-masing berserta trofi dan sijil penyertaan manakala hadiah sagu hati pula menerima BND250 dan sijil penyertaan.

 

Bagi Kategori Smart Junior pula, johan akan membawa pulang hadiah wang tunai BND1,000, naib johan BND800 dan tempat ketiga BND500 berserta sijil.

 

Turut dipertandingkan ialah bagi Kategori ASEAN iaitu Kategori Inovasi dan Reka Cipta Baru yang akan menerima hadiah wang tunai BND6,000 dan trofi dan Kategori Pencipta Muda (Young Inventor Category) yang akan membawa pulang hadiah BND3,000 dan trofi.

 

300416 MASRI5 CIPTA

YANG Berhormat Menteri Pendidikan (empat, kanan) semasa melawat dan menyaksikan pameran pada Majlis Pelancaran Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2017 (atas dan bawah).

300416 MASRI6 CIPTA

 

Pemenang dalam Kategori Inovasi dan Reka Cipta Baru ASEAN pula akan berpeluang untuk bersaing dengan pemenang Kategori 1 dan 2 bagi penganugerahan Anugerah Khas Pengiran Muda Mahkota untuk memenangi hadiah utama sebanyak BND8,000 dan Trofi CIPTA.

 

Pertandingan CIPTA yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Brunei dengan kerjasama Brunei LNG Sdn. Bhd. kali ini memilih tema 'Inovasi Untuk Ekonomi Yang Mampan' yang mencerminkan hasrat negara untuk mempelbagaikan ekonomi melalui ilmu dan inovasi.

 

Sejurus pelancaran, satu sesi taklimat teknikal telah dikendalikan oleh Haji Shahrul Tazrajiman bin Haji Tajuddin daripada Jawatankuasa Teknikal CIPTA 2017 yang antara lain menerangkan mengenai kategori pertandingan, syarat-syarat dan peraturan serta proses dan kriteria penilaian.

 

Sesi taklimat telah dihadiri oleh para tenaga pengajar, kakitangan dan pelajar-pelajar daripada beberapa buah sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

 

Dengan perasmian CIPTA 2017 penyertaan bagi semua kategori adalah dibukakan mulai hari ini dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2016.

 

Pertandingan ini dibukakan bagi penyertaan semua sekolah termasuk institusi pendidikan teknikal, organisasi kerajaan dan swasta serta orang awam.

 

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh melayari laman sesawang di  www.utb.edu.bn/cipta.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17