Home > Bahasa Melayu
Hubungan ekonomi Brunei-China dibincangkan
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan Perjumpaan Dua Hala dengan Tuan Yang Terutama Li Keqiang. Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi
September 14th, 2017 | 09:51 AM | 932 views
CHINA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan Perjumpaan Dua Hala dengan Premier of the State Council, Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Li Keqiang, yang berlangsung di West Hall, Great Hall of the People, Beijing.
Berangkat mengiringi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah DYMM dijunjung oleh Tuan Yang Terutama Premier of the State Council, Republik Rakyat China.
Semasa perjumpaan tersebut, Kebawah DYMM dan Tuan Yang Terutama berbincang mengenai hubungan ekonomi Brunei-China, termasuk dalam bidang tenaga, infrastruktur dan pembangunan, pertanian, perikanan, kewangan dan kesalinghubungan.
Kebawah DYMM dan Tuan Yang Terutama juga membincangkan mengenai hubungan dialog ASEAN-China, di mana kedua-dua belah pihak mengalu-alukan sambutan Ulang Tahun Ke-15 bagi Perkongsian Strategi ASEAN-China menjelang 2018.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]