Home > Bahasa Melayu
Berkenan adakan perjumpaan dua hala
Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri / Foto : Muhammad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
September 14th, 2017 | 09:54 AM | 870 views
CHINA
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan Perjumpaan Dua Hala dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongress Rakyat Kebangsaan (NPC), Republik Rakyat China, Tuan Yang Terutama Zhang Dejiang, yang berlangsung di Reception Hall, Great Hall of the People, Beijing.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen.
Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh TYT Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongress Rakyat Kebangsaan Republik Rakyat China.
Semasa perjumpaan tersebut, Kebawah DYMM dan TYT berbincang mengenai pertukaran-pertukaran di peringkat rakyat dan mengalu-alukan lebih banyak penglibatan anggota parlimen.
Kedua-dua pihak juga membincangkan pelbagai cara untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi dua hala dan menekankan kepentingan dalam meningkatkan kesalinghubungan di antara Negara Brunei Darussalam dan China.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]