FacebookInstagramTwitterContact

 

Keynote Presentation           >>           Opening Ceremony of SEAMEO CPRN Summit           >>           Hari Raya Celebration           >>           These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


JENESYS mempromosi persefahaman di antara Jepun - Asia Pasifik


Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

 


 September 15th, 2017  |  10:52 AM  |   809 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam  mengalu-alukan peserta Program Pertukaran Rangkaian Pelajar dan Belia Jepun - Asia Timur (JENESYS) yang akan menyertai Persidangan Pelajar Jepun-ASEAN JENESYS 2017 bermula dari 19 hingga 26 September di Jepun.

 

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke negara ini, Tuan Yang Terutama Motohiko Kato mengucapkan tahniah serta memberi kata-kata nasihat kepada 11 orang penuntut yang terpilih dari beberapa buah institusi pengajian tinggi di negara ini pada majlis yang diadakan di Bangunan Kedutaan Jepun di Kiulap.

 

Para peserta Persidangan Pelajar Jepun - ASEAN merupakan pelajar-pelajar dari negara anggota ASEAN (ASEAN Member States - AMS) dan negara tuan rumah yang akan bersidang mengenai objektif utama ‘What the Youth in ASEAN Member States and Japan can do for Peace and Prosperity’.

 

Sepanjang program tersebut berlangsung, para peserta akan berpeluang untuk menerima taklimat dan membuat lawatan-lawatan ke institusi-institusi pendidikan, tapak perindustrian tradisional dan teknologi tinggi, tapak-tapak warisan dunia, dan juga pejabat-pejabat kerajaan wilayah di sekitar kawasan Tokyo, Tohoku dan Kyushu.

 

JENESYS 2017 ialah program pertukaran rakyat kepada rakyat (people-to-people) di antara Jepun dan negeri-negeri di rantau Asia Pasifik yang dilancarkan oleh Kerajaan Jepun dengan menyasarkan penyertaan seramai 3,700 orang setiap tahun, dan kumpulan ini merupakan kumpulan pertama pada tahun 2017.

 

Program ini bertujuan untuk mempromosikan kepercayaan dan kefahaman bersama antara penduduk-penduduk Jepun dan rantau Asia Pasifik bagi membina asas untuk persahabatan dan kerjasama pada masa depan. Ia juga untuk menggalakkan pemahaman dan penyebaran ekonomi, masyarakat, sejarah, pelbagai budaya, politik dan hubungan diplomatik Jepun.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53