FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tinjau persiapan peperiksaan dua buah sekolah rendah


Siaran Akbar dan Foto : Kementerian Pendidikan

 


 September 15th, 2017  |  10:54 AM  |   2452 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

Sebanyak dua buah sekolah rendah menjadi lawatan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan rombongan pada Rabu lepas bagi melihat kelancaran perjalanan sesi persekolahan dan persiapan pelajar-pelajar bagi menghadapi Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

 

Sekolah-sekolah yang dikunjungi oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan pada kali ini adalah Sekolah Rendah Haji Tarif dan Sekolah Rendah Saba Darat, Kluster 2.

 

Mula-mula Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan membuat lawatan ke Sekolah Rendah Haji Tarif, Kluster 2, di sini Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan dialu-alukan Guru Besar Sekolah berkenaan, iaitu Dayang Sarimah binti Haji Lusin dan Ketua Kluster 2, Awang Haji Metussin bin Haji Jais.

 

Pada lawatan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan memberi fokus pada suasana pengajaran dan pembelajaran para penuntut Tahun 6 termasuk pembelajaran Matematik dan bahasa Inggeris seterusnya meninjau kelas pelajar-pelajar yang berkeperluan khas di sekolah tersebut. Yang Berhormat serta rombongan turut menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar Sekolah. Lawatan diakhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar ramai.

 

Sekolah Rendah Haji Tarif mempunyai keramaian 100 orang pelajar dan seramai 16 tenaga pengajar.

 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan kemudiannya meneruskan lawatan ke Sekolah Rendah Saba Darat, Kluster 2 dan dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah berkenaan, iaitu Dayang Hajah Azrina binti Haji Yusof dan Ketua Kluster 2, Awang Haji Metussin bin Haji Jais.

 

Pada lawatan tersebut,  Yang Berhormat Menteri Pendidikan berserta rombongan membuat lawatan ke bilik-bilik darjah, dimulai dengan pengajaran Matematik Tahun 6A, seterusnya, pengajaran Bahasa Inggeris Tahun 6B dan pengajaran Bahasa Inggeris Pra B. Ketika berada di dalam bilik darjah yang dilawati Yang Berhormat dan rombongan turut berinteraksi bersama para pelajar.

 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan rombongan juga turut menghadiri taklimat yang disampaikan oleh guru besar sekolah berkenaan. Pada akhir sesi soal jawab, Yang Berhormat Menteri Pendidikan merasa kagum dan gembira dengan usaha sekolah dalam memotivasikan guru-guru mereka bagi mempersiapkan pelajar-pelajar khususnya pelajar Tahun 6 yang akan menduduki PSR pada bulan Oktober ini.

 

Lawatan diakhiri dengan bergambar ramai serta ramah mesra Yang Berhormat Menteri Pendidikan bersama dengan pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

 

Sekolah Rendah Saba Darat mempunyai 184 pelajar dan 23 tenaga pengajar.

 

Turut menyertai rombongan Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dayang Nadia Lee Siew Hoon bin Abdullah; Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Dayang Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54