Home > Bahasa Melayu
Perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura yang baharu
September 15th, 2017 | 10:55 AM | 1633 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Puan Yang Terutama Halimah Yacob, berikutan dengan pelantikannya sebagai Presiden Republik Singapura yang baharu.
Dalam titah perutusan kepada Puan Yang Terutama itu, baginda menzahirkan bahawa Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura mempunyai hubungan yang unik dan istimewa dan berharap akan dapat bekerja rapat dengan Puan Yang Terutama bagi meneruskan hubungan dua hala yang mesra lagi akrab yang telah sekian lama dinikmati oleh kedua-dua buah negara.
Baginda mengakhiri perutusan ini dengan ucapan semoga Puan Yang Terutama akan beroleh kejayaan dalam menyandang jawatan yang penting itu dan berharap akan berpeluang untuk mengadakan perjumpaan dengan Puan Yang Terutama dalam tempoh yang terdekat ini.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]