Home > Bahasa Melayu
Penerima Sultan's Scholar tandatangani perjanjian
September 19th, 2017 | 08:52 AM | 707 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
Seramai empat orang penuntut telah Menandatangani Perjanjian Biasiswa 'Sultan's Scholar' bagi biasiswa sesi 2017 - 2018 Peringkat Sarjana Muda dan Sarjana, yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku tetamu kehormat yang juga menyaksikan Penandatanganan Perjanjian, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Terdahulu, Pengarah Urusan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dato Paduka Awang Haji Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny dalam ucapan alu-aluannya berkata Sultan's Scholars ini diwujudkan adalah untuk melahirkan pemimpin yang cemerlang, menyumbang kepada kemajuan negara serta menjadi generasi penerus yang akan membarisi tampuk kepimpinan di masa akan datang.
Menurut Dato Paduka Awang Haji Eddie, pihak yayasan menaruh harapan yang tinggi dan berdoa agar para sarjana yang terpilih memperolehi kejayaan yang cemerlang, dan akan membuka jalan bagi para sarjana (scholars) yang lain menyumbangkan khidmat bakti dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada raja, ugama dan negara.
''Ke arah itu, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan sentiasa memberikan sokongan kepada para 'scholars' bukan sahaja dalam tempoh pengajian tetapi juga apabila sudah berkhidmat nanti, untuk memastikan para 'scholars' menjadi pemimpin yang dihasratkan.'' Jelasnya.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]