FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Empat penuntut dianugerahkan Biasiswa Sultan's Scholar


 


 September 19th, 2017  |  08:53 AM  |   941 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menganugerahkan Biasiswa Sultan's Scholar, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah kepada empat orang penuntut bagi sesi akademik 2017 - 2018 di Istana Nurul Iman.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

 

Pada tahun ini, seramai tiga orang penuntut menerima Sultan's Scholar bagi sesi akademik 2017 - 2018, sementara seorang lagi menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat tinggi.

 

Para penerima tersebut ialah Awang Muhammad Azim bin Abdul Hadi, Dayang Amal Aqilah Fathiah binti Haji Abdullah, Awang Teo Zhi Perng dan Dayang Nurul Syadirah binti Awang Sayang. Mereka akan melanjutkan pengajian mereka masing-masing di universiti-universiti ternama di United Kingdom dan Mesir.

 

Dayang Nurul Saydirah binti Awang Sayang sebelum ini adalah penerima skim biasiswa 'Sultan's Scholar' Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 2014 dan lulus dengan memperolehi B.Sc (Hons) Second Class Upper in Mathematics, Operational Reserch, Statistics and Economics di University of Warwick, United Kingdom.

 

Menerusi Sultan's Scholar, beliau akan melanjutkan pengajian dalam peringkat sarjana dalam jurusan 'International Public Policy' di Universiti College London, United Kingdom.

 

Sementara itu, Awang Muhammad Azim bin Abdul Hadi, yang juga bekas penuntut Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah, akan meneruskan pengajian dalam jurusan Lughah Arabiah di Universiti Al-Azhar, Mesir.

 

Dayang Amal Aqilah Fathiah binti Haji Abdullah, lepasan penuntut Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, akan meneruskan pengajian dalam jurusan 'Veterinary Medicine' di Universiti of Cambridge, United Kingdom.

 

Manakala Awang Teo Zhi Perng pula, lepasan dari Pusat Tingkatan Enam, Bukit Beruang Tutong akan melanjutkan pengajian dalam jurusan 'Materials Science and Engineering' di Imperial College London, United Kingdom.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Kebawah DYMM kemudiannya berkenan mengurniakan Sultan's Scholar bagi sesi 2017 - 2018 kepada empat orang penerima yang disusuli dengan Doa Selamat.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM berkenan bergambar ramai dan beramah mesra bersama para penerima Sultan's Scholar, keluarga mereka dan jemputan khas.

 

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan; Ahli-Ahli Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja dan Ahli-Ahli Pelaksana Skim Biasiswa Sultan's Scholar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53