FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hijrah penyelamat dan penguat akidah


Oleh : Mohammad Rainie Haji Durani, Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Masri Osman

 


 September 22nd, 2017  |  11:54 AM  |   619 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah bahawa kedatangan Tahun Baharu Hijrah pada kali ini lebih bererti lagi kerana kebetulan beberapa hari sahaja lagi negara akan menyambut Jubli Emas 50 tahun baginda menaiki takhta.

 

Titah baginda, ia adalah petanda baik kerana sebagaimana yang dimaklumi, peristiwa hijrah adalah satu peristiwa suci dan agung kerana ia bukan dirancang oleh sesiapa melainkan satu perintah langsung daripada Allah kepada rasul-Nya.

 

Dari itu, titah baginda, apa jua yang berkaitan atau dikaitkan dengan hijrah adalah ia tidak kosong melainkan ada saja manfaat dan berkatnya termasuk langkah kita mengadakan sambutan Awal Tahun Hijrah pada setiap tahun.

 

Kebawah DYMM bertitah demikian, sempena Menyambut Awal Tahun Baharu Hijrah 1439 di Istana Nurul Iman, di sini.

 

Baginda bertitah, bahawa hijrah dalam bahasa bermakna 'pindah' tetapi pindah di sini semata-mata untuk memperolehi 'kebajikan'.

 

Oleh itu, hijrah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam adalah bertujuan untuk menyelamatkan akidah. Hal ini kerana akidah adalah segala-galanya.

 

''Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bukan berhijrah untuk mendapatkan kesenangan dunia tetapi Baginda berhijrah untuk keselamatan kita dan di akhirat. Kerana hanya umat yang berakidah sahaja yang akan selamat itu,'' titah baginda.

 

Baginda percaya bahawa pengajaran hijrah sebenar-benarnya untuk menyelamat dan menguatkan akidah.

 

Oleh yang demikian, adapun cara menyelamat dan menguatkan akidah itu titah baginda, ialah dengan amal salih. Amal salihlah tuntutan tertinggi untuk dilakukan kerana ia semata-mata perkara suci di sisi Allah.

 

Kebawah DYMM turut menyeru agar kita sama-sama menginsafi akan kepentingan akidah dan sekali gus menyedari akan rahsia amal salih sebagai jambatan menuju keredaan Allah di dunia dan di akhirat.

 

 

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53