Home > Bahasa Melayu
Walkaton Hijrah Terapkan Cara Hidup Sihat
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku Penaung Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah hadir menyertai Walkaton Hijrah.
September 23rd, 2017 | 11:37 AM | 1119 views
SUNGAI AKAR
Bagi sama-sama menyemarakkan kedatangan Tahun Baharu 1439 Hijrah, Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah (MRSB) melalui Bahagian Riadah dan Hari Kebesaran Islam menganjurkan Walkaton Hijrah.
Hadir pada acara tersebut ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku Penaung Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah.
Acara didahului dengan Sembahyang Subuh Berjemaah diikuti dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Pensyarah Kanan di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr Ahmad Baha bin Mokhtar yang antara lain menyentuh mengenai 'Hijrah Dalam Kehidupan Harian'.
Sebelum walkaton bermula, acara diteruskan dengan menaikkan bendera negara dan nyanyian lagu kebangsaan beramai-ramai diikuti dengan sesi pemanasan badan. Lebih 200 orang menyertai acara ini terdiri daripada jemaah MRSB, penduduk Kampung Sungai Akar dan peserta-peserta Khatam 50 Kali Kampung Sungai Akar sempena Kebawah DYMM Menaiki Takhta.
Antara tujuan utama acara ini adalah bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei sebagai Negara Zikir, di samping mengamalkan cara hidup sihat.
Ianya juga bertujuan bagi mengeratkan silaturahim serta menyokong Visi MRSB, iaitu menjadikan MRSB sebagai pusat ibadah dan perkembangan ilmu bagi membentuk masyarakat yang bertakwa ke arah mencapai hasrat Negara Zikir.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]