FacebookInstagramTwitterContact

 

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids           >>           Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Naubat Dibuka Semula


SEMBAHYANG Fardu Maghrib Berjemaah telah diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 


 September 23rd, 2017  |  11:40 AM  |   1028 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pembukaan semula Naubat telah selamat sempurna diadakan setelah ditutup selama 20 hari berikutan kembalinya ke rahmatullah Yang Amat Mulia Pengiran Kerma Negara Pengiran Anak Haji Abdul Wahab bin Pengiran Sabtu Kamaluddin.

 

Majlis Istiadat Membuka Naubat telah berlangsung di Bangunan Lapau, Bandar Seri Begawan dengan penuh adat istiadat di hadapan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Shahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin. Manakala bacaan Doa Tahlil dan diikuti dengan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

 

Majlis disusuli dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar. Terdahulu azan menandakan masuk waktu Sembahyang Fardu Maghrib dikumandangkan oleh Yang Mulia Mudim Awang Haji Suhaili bin Haji Kalong.

 

Allahyarham Yang Amat Mulia Pengiran Kerma Negara Pengiran Anak Haji Abdul Wahab bin Pengiran Sabtu Kamaluddin telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 9 Zulhijjah, 1438 Hijrah bersamaan 1 September 2017 Masihi pada jam 9.15 pagi.

 

Antara yang berangkat dan hadir pada majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Yang Berhormat

 

Menteri-Menteri Kabinet, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan-Timbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Pehin-Pehin Manteri dan Manteri-Manteri Hulubalang.

 

Sementara itu di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Naubat turut dititir sebelum masuk waktu Sembahyang Fardu Maghrib.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Seven Teens With Alleged 'Extremist Ideology' Arrested In Sydney Raids

 2024-04-25 10:57:21

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19