FacebookInstagramTwitterContact

 

These Highly Effective Alternatives To Toxic Medication Help Beat Depression           >>           Study Highlights The Vast Medicinal Properties Of The Popular Spice Saffron           >>           Physically Healthy 28-Year-Old Dutch Woman With Autism And Depression Given Approval To End Her Life Through Assisted Suicide           >>           Haunted Holiday Home Horror As Tourists Left Screaming By 'Ghosts' Moving Picture Frames           >>           'A Reckless Kid Ruined My Car Door - His Mum's Response Left Me Gobsmacked'           >>           Olivia Wilde And Jason Sudeikis' 10-Year-Old Son Otis Is All Grown Up In Rare Photo           >>           Why Anne Hathaway Says Kissing Actors In Chemistry Tests Was So "Gross"           >>           NASA's Voyager 1 Spacecraft Finally Phones Home After 5 Months Of No Contact           >>           Meta opens Quest OS to third parties, including ASUS and Lenovo           >>           Newsletter service Ghost will support the fediverse protocol ActivityPub           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Doa Keprihatinan Negara Demi Ukhuwah Fillah


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka anakanda baginda, DKEBAWAH DYMM berkenan menerima junjung ziarah dari para jemaah sebelum berangkat meninggalkan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

 


 September 23rd, 2017  |  11:47 AM  |   742 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kita selaku orang Islam ini adalah tidak terlepas dari terikat dengan dua bentuk persaudaraan, iaitu Persaudaraan Senasab / Seketurunan dan Persaudaraan Seagama.

 

Persaudaraan senasab biasanya hanya berlegar di tempat yang terbatas, seperti di dalam rumah sendiri atau di dalam negeri sendiri.

 

Tetapi persaudaraan seagama tidak. Ia tidak terhenti setakat di dalam rumah atau di dalam negeri sahaja, malah mencakup sehingga ke seluruh rantau dunia.

 

''Ya! saudara kita seagama, bukan sahaja ada di Brunei, tetapi juga di mana-mana. Apapun nama etnik, selama mereka itu beragama Islam, adalah saudara kita seagama atau dalam bahasanya yang lebih tepat 'Ukhuwah Islamiah' atau 'Ukhuwah Fillah' (persaudaraan kerana Allah).'' Demikian antara intipati Khutbah Jumaat Khas yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini.

 

Berangkat bersama para jemaah di masjid tersebut ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Juga berangkat, paduka-paduka anakanda Kebawah DYMM, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

 

Khutbah juga menekankan bahawa isu munkar berupa penindasan ke atas orang-orang Islam Rohingya, ini tidak syak lagi adalah munkar paling dahsyat dan kita orang-orang Islam tidak boleh diam dan pejam mata begitu sahaja kerana Allah murka jika kita diam dan pejam mata.

 

''Brunei Darussalam adalah tidak pejam mata dan tidak diam. Tetapi malam tadi, ketua kita, raja kita, melalui siaran radio dan televisyen ke seluruh negara telah memberitahu dunia, bahawa Brunei Darussalam adalah bersama-sama 'suara sedunia' mengesali apa yang berlaku di Myanmar dan meminta pihak berkuasa di negara tersebut supaya menyelesaikan krisis kemanusiaan ini dengan seadil-adilnya.

 

Ini bukan suara seteru, tetapi suara rakan, seorang pemimpin dunia yang prihatin. Inilah suara raja Brunei, satu nasihat ikhlas dari rakan kepada rakan, supaya diakhiri krisis kemanusiaan ini dengan keadilan,'' tambah Yang Berhormat.

 

Jelas Yang Berhormat, raja Brunei bertitah mengenai keadilan, memang layak dan memang berhak baginda bertitah mengenai keadilan, kerana keadilan di bawah tadbir baginda adalah pakaian bagi Brunei, dalam makna baginda adalah pengamal keadilan. Sebab itulah baginda cukup arif tentang keadilan, cukup arif betapa mahal dan luhurnya keadilan itu.

 

 

Di samping itu, khutbah juga menekankan pentingnya umat Islam mengambil berat terhadap saudara-saudara seketurunan / senasab, maka begitulah juga, kita tidak wajar untuk terlepas pandang terhadap susah senang atau suka duka saudara-saudara kita seagama.

 

''Persaudaraan seagama ini, saudara! Adalah persaudaraan yang sangat agung di sisi Allah. Kerana itulah, ia dipanggil juga dengan nama 'Ukhuwah Fillah' (persaudaraan kerana Allah),'' tegasnya.

 

Terdahulu, Yang Berhormat Pehin menjelaskan, sejarah telah merakam banyak contoh mengenai 'dua' bentuk persaudaraan ini. Dalam sejarah, kedapatan persaudaraan seagama itu lebih suci dan lebih indah daripada persaudaraan senasab / seketurunan.

 

Selain itu, khutbah juga menceritakan mengenai bandingan di antara saudara senasab dan saudara seagama iaitu Abu Lahab adalah saudara senasab, sementara Sayyidina Abu Bakar, cuma saudara seagama.

 

Ukhuwah Fillah (persaudaraan seagama kerana Allah) itu jelasnya, di sinilah hikmah dan harganya persaudaraan seagama. Dan, dengan kacamata inilah kita melihat saudara-saudara kita di Palestin serta dengan kacamata ini juga kita melihat saudara-saudara Islam kita Rohingya atau di mana sahaja di segenap pelusuk dunia ini.

 

''Kerana itu kita pun bernazilah. Kita ikut Sunnah Nabi membaca doa dalam Qunut Nazilah, untuk memohonkan kepada Allah 'keselamatan' bagi saudara-saudara kita itu. Itu sahaja. Doa, ya dasar doa semua bagus, semua doa adalah baik belaka. Doa adalah interaksi hamba dengan Allah. Jangan perkecilkan doa, dan jangan pandang serong terhadap doa.

 

Tahukah kita, bukan kita manusia sahaja yang berdoa, malah makhluk haiwan juga berdoa, saudara! Berdoa untuk keselamatan jika berlaku musibah,'' tegas Yang Berhormat Pehin lagi.

 

Sembahyang Fardu Jumaat diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz, Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah pula diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Tens Of Thousands Evacuated From Massive China Floods

 2024-04-23 00:01:47

Wind Farm Misses Deadline For Electricity Sale Scheme

 2024-04-23 00:24:53