FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Raptai penuh Sambutan Jubli Emas


Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali, Azmah Haji Ahad, Dk. Nurhafilah Pg. Osman, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Mohammad Nazib Haji Jumat, Mastinah Malik, Awang Hijium Yusop, Rosland Haji Jinin, Dayang Amal Ramizah Ramlee, Abdul Kadir Md. Tahir, Pg. Haji Mohd. Fawzy Pg. Haji Ahmad, Haji Zaini Awang Ajong

 


 September 25th, 2017  |  09:31 AM  |   1896 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

 

 

Kurang dua minggu sahaja lagi Negara Brunei Darussalam akan melakarkan satu lagi sejarah dengan berlangsungnya Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada 5 Oktober ini nanti.

 

Istiadat yang penuh gemilang itu sememangnya sudah menjadi bualan rakyat dan penduduk di negara ini yang seakan tidak sabar menanti detik berharga itu apa lagi hendak menghadirkan diri menyaksikan secara langsung.

 

Ke arah memastikan upacara sambutan itu berjalan dengan lancar dan sempurna, raptai penuh telah diadakan di Istana Nurul Iman dan di ibu negara.

 

Berangkat menghadiri raptai penuh tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Penaung Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas.

 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, selaku Ahli Jawatankuasa Penasihat Sambutan Jubli Emas berserta kerabat diraja yang lain.

 

Raptai penuh tersebut turut dihadiri oleh Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kerajaan.

 

Antara atur cara yang bakal berlangsung di Istana Nurul Iman nanti ialah Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan dan Majlis Istiadat Mengadap yang disusuli dengan Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan.

 

Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan akan bergerak di sepanjang Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), sepanjang Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien, melintasi Jalan Mc Arthur dan Jalan Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien serta sepanjang Jalan Stoney.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10