Home > Bahasa Melayu
Kebawah DYMM berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah
Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Hamzah Mohidin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
September 26th, 2017 | 09:33 AM | 826 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Majlis Mengangkat Sumpah bagi Timbalan Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jamain bin Haji Julaihi berlangsung di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.
Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Surat Perintah Lantikan dibacakan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.
Majlis kemudian diteruskan dengan upacara mengangkat sumpah oleh Yang Mulia Timbalan Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM.
Tarikh pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai Khamis, 29 Zulhijjah 1438 Hijrah bersamaan 21 September 2017 Masihi. Sebelum ini Yang Mulia Timbalan Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di JPM memegang jawatan sebagai Setiausaha Tetap (Tenaga) di JPM.
Juga hadir ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; Timbalan Menteri di JPM (Keselamatan dan Media), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar; Timbalan Menteri di JPM (Korporat, Penggerak dan Ekonomi), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohamad Roselan bin Haji Mohamad Daud; Setiausaha Tetap (Perindustrian), Awang Haji Mohammad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah dan Setiausaha Tetap di JPM, Awang Haji Kamaluddin bin Haji Bungsu.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]