Home > Bahasa Melayu
YSHHB hulur sumbangan kepada keluarga terlibat dalam kebakaran rumah
September 27th, 2017 | 09:55 AM | 654 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bagi meringankan bebanan yang dialami oleh mereka yang ditimpa musibah, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menyampaikan sumbangan BND21,500 kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah baru-baru ini di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Lambak Kanan, Mukim Berakas ‘B’ dan Kampung Sumbiling Lama, Mukim Kianggeh.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan YSHHB, Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny.
Mewakili keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sumbiling Lama, pada 18 September 2017 adalah Dayang Hajah Siti Zaliha binti Haji Maidin; Dayang Jurinahwati binti Nudin; Awang Asmadi bin Zainal dan Awang Mohammad Adika bin Mohammad Nasir Meling. Penyampaian sumbangan berkenaan diadakan di No.4D, Tingkat 4, Kampung Berangan.
Manakala sumbangan seterusnya bagi mangsa kebakaran di RPN Kampung Lambak Kanan, Mukim Berakas ‘B’ yang berlaku pada 17 September 2017, para penerima sumbangan terdiri daripada Dayang Hamisah binti Haji Tengah; Awang Shahrin bin Haji Abd Latif; Awang Mohd Shamrin bin Haji Abd Latif. Penyampaian sumbangan tersebut diadakan di No.11, Simpang 508, Jalan Jerudong (Rumah Teres).
YSHHB merupakan wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja baginda, iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]