FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of A.I. Diabetic Retinopathy Screening Services           >>           Honey: An Amazing Superfood With Many Health Benefits           >>           Exploring The Benefits Of FASTING For Treating COVID-19 And Vaccine Injuries           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Milan Wants To Ban Gelato, Pizza And Other Italian Favourites (Sort Of)           >>           Skai Jackson Reveals Where She Stands With Her Jessie Costars Today           >>           Billie Eilish Details When She Realized She Wanted Her “Face In A Vagina”           >>           Messages of Condolences           >>           Japan's SLIM Moon Lander Defies Death To Survive 3rd Frigid Lunar Night (Image)           >>           Mercedes-Benz quad-motor G-Class could be the ultimate EV off-roader           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Guru bertanggungjawab pembentukan akhlak pelajar


Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Mohamad Azmi Haji Awang Damit, Hamzah Mohidin, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 September 27th, 2017  |  09:57 AM  |   700 views

BERAKAS

 

 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengingatkan bahawa satu perkara yang lebih penting berbanding pencapaian akademik ialah nilai akhlak mulia bagi pelajar.

 

Ia, titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei sepatutnya jangan diabaikan.

 

Justeru itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah menegaskan para guru adalah bertanggungjawab langsung terhadap pembentukan akhlak pelajar.

 

''Peranan mereka bukan setakat memperkaya sumber ilmu, tetapi juga untuk menjadi ikutan atau tauladan kepada anak didik. Iaitu guru,'' baginda bertitah pada Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-27 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

 

Kerana itu, guru tidaklah boleh berlepas tangan mengenai akhlak. Kerana akhlak itu sendiri dalam titah baginda adalah pakaian guru.

 

Dalam konteks yang sama juga ialah ibu bapa. Mereka tegas baginda, tidak boleh berkecuali mengenai pendidikan, bahkan merekalah sekolah pertama dan utama sebelum lagi lain-lain sekolah. Pengaruh mereka cukup kuat untuk menentukan corak atau bentuk keperibadian anak-anak.

 

''Maka kerana itu, beta mengajak para ibu bapa untuk sama-sama menyedari hakikat ini,'' titah baginda lagi.

 

Pada mengakhiri titah, baginda merakamkan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di negara ini dengan iringan doa baginda semoga segala usaha para guru dalam mendidik anak bangsa akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Kepada para penerima Anugerah Hari Guru pula, baginda mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan semoga penganugerahan itu akan menjadi pencetus semangat dan motivasi bagi seluruh warga guru untuk meningkatkan lagi prestasi pendidikan ummah.

 

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Ten Dead As Navy Helicopters Collide Mid-Air In Malaysia

 2024-04-24 07:44:54

Boycotts Aren't The Only Way To Hold Companies Accountable

 2024-04-25 01:24:19